Kulit Kering Sebab Terlalu Aktif? Takkan Nak Lesu Je. Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya!

Branded

Kulit Kering Sebab Terlalu Aktif? Takkan Nak Lesu Je. Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya!

Siapa dekat sini sentiasa aktif? Tak kisah sama ada bersukan mahupun kerja, sentiasa berikan 100% tenaga dan komitmen.

Bila dah sentiasa aktif, badan akan cepat berpeluh menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh badan. Ditambah pula dengan cuaca yang tak menentu, menambahkan lagi kesan pada kulit badan seperti gatal-gatal.

Cara paling mudah untuk atasi mestilah mandi tapi anda tahu tak yang bila terlalu kerap mandi memberi kesan pada kulit badan?

Kulit badan akan menjadi lebih kering ataupun dehydrated. Hmm, kalau macam tu nak buat apa? Takkan tak payah mandi?!

Kami sarankan anda untuk menggunakan sabun badan dari Adidas. Confirm kulit badan anda akan kekal segar dan tak kering lagi.

Produk Penjagaan Kulit Badan, Sesuai Untuk Semua!

Adidas bukan sekadar jenama sukan malah lebih daripada itu. Kini, Adidas mempunyai produk penjagaan diri, Adidas Active Skin & Mind yang memastikan kulit badan sentiasa segar dan bersih. Adidas Active Skin & Mind terdiri daripada produk mandian serta deodorant.

Adidas, Adidas Active Skin & Mind, Sukan

Untuk mandian, anda boleh dapatkan 6 jenis pilihan iaitu Deep Care (Concentrate Complex), Energy Kick (Oren), Skin Detox (Exfoliating Scrub), Pre-Sleep Calm (Lavender), Energy Kick (Lemon) dan Cool Down (Mint).

Produk mandian Adidas Active Skin & Mind ini diformulasikan dengan bahan aktif iaitu Glycero- Hyaluronic Complex. Ia memastikan kulit anda sentiasa segar dan tiada masalah kulit kering.

Bagi memberi penuh penjagaan kulit badan, gunakan deodorant Adidas Skin & Mind. Ia dapat memberi perlindungan bau selama 24 jam. Bukan tu je, tiada kandungan aluminum dan alkohol digunakan. Dijamin bersih dan selamat!

Adidas, Adidas Active Skin & Mind, Sukan

Anda boleh dapatkan deodorant Adidas Active Skin & Mind dalam 3 pilihan iaitu Energy Kick, Pure Fresh dan Instant Cool.

Badan Kembali Segar Dan Bertenaga!

Selain membersihkan dari kotoran dan merawat kulit badan, rangkaian produk Adidas Active Skin & Mind turut mengembalikan kesegaran dan tenaga selepas penat aktif sepanjang hari.

Adidas Active Skin & Mind turut mengandungi minyak pati yang mampu merangsang dan memberi ketenangan pada minda. Selain itu, badan anda akan sentiasa dalam keadaan bersih, segar, bertenaga dan relax sentiasa.

Kulit Sensitif? Boleh Je!

Adidas, Adidas Active Skin & Mind, Sukan

Kami tahu ada sesetengah produk penjagaan badan di pasaran, tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Tak perlu risau, rangkaian produk Adidas Active Skin & Mind dijamin sesuai digunakan bagi semua jenis kulit. Kenapa kami kata begitu?

Sebab ia telah diformulasikan oleh formula vegan dan tiada bahan sulfat digunakan. Jadi ia dapat meminimumkan kegatalan terutama pada kulit sensitif.

Bukan tu je, ia turut diuji dan diperakui oleh dermatologi. Rasai perbezaan kulit badan yang lebih segar dan bersih dengan Adidas Active Skin & Mind.

Reka Bentuk Produk Yang Minimalist & Mesra Alam

Adidas, Adidas Active Skin & Mind, Sukan

Macam kami kata, Adidas bukanlah jenama sukan sahaja malah ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai alam sekitar.

Macam mana Adidas lakukan?

Anda tahu tak sebenarnya rangkaian produk penjagaan diri Adidas Active Skin & Mind ini direka dengan 98% bahan formula biodegradasi tau. Selain itu, ia turut boleh dikitar semula.

Dengan menggunakan rangkaian produk dari Adidas ini, anda menunjukkan sokongan dalam mengurangkan penggunaan plastik dan menjaga alam sekitar.

100% Diyakini Oleh Atlet

Untuk memberi keyakinan dan jaminan kepada anda semua, produk rangkaian Adidas Active Skin & Mind telah diuji oleh profesional atlet sprinter iaitu Gina Lueckemper.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan sekarang di Watsons berhampiran ataupun secara online di Shopee dan Watsons. Rasai perbezaan kulit badan yang lebih segar, bersih dan sihat.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...