“Kulit Kepala Koyak Kena Pukul”, Netizen Puji Tindakan Wanita Bantu Kanak-Kanak Malang Ini

Kehidupan

“Kulit Kepala Koyak Kena Pukul”, Netizen Puji Tindakan Wanita Bantu Kanak-Kanak Malang Ini

Tak semua diberikan nikmat untuk mendapat kehidupan yang selesa. Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Siti Nadfizah berkongsikan kisahnya membantu anak-anak yang bernasib malang ini.

Kanak-kanak berbangsa India ini didakwa didera oleh bapa kandungnya sendiri dan sehinggakan mengalami kecederaan kulit kepala terkoyak.

Advertisement

Selalu datang makan

Macam jejak kasih harini. Budak bertuah ni tiba-tiba muncul kat restoran. Lama akak tunggu dia, berharap dia datang. Rindu kat dia. Pesan kat sorang kakak tu kalau ada nampak budak ni, cakap kakak kedai tu suruh datang kedai, kakak tu rindu dekat awak, kakak tu nangis ingat kat awak. Tadi masa makan duduk bersembang dengan Joshua. Dia tanya akak.

“Kakak nangis ke tak jumpa saya?”

“Ye sebab ingat awak tak nak datang sini lagi, ingat ada apa apa jadi dekat awak, risau bapak awak pukul awak lagi”

Dia cakap bapak tak pukul lagi dah tapi akak macam tak percaya je. Apa-apa pun, awak dah ada depan mata akak tu dah cukup puaskan hati akak ni.

Habis makan akak suruh dia balik. Akak tolong kirakan berapa duit jual tisu yang dia dapat harini. Ada RM7. Kata Joshua dia keluar tadi jam 8 malam. Alhamdulillah rezeki Joshua malam ni dapat banyak tu.

Jual tisu untuk dapatkan duit

Pada hari lainnya, dia datang lagi makan dekat kedai. Kejap-kejap dia tanya jam pukul berapa. Rupanya dia nak ke area pizza hut dekat family store nak jual tisu. Akak tak bagi pergi sebab dah lewat. Lagipun banyak kedai dah tutup. Mana ada orang.

Dia cakap bapak suruh sebab kat sana ramai orang. Akak cakap ok boleh tapi habiskan makanan dulu. Tak habis pun dia makan. Staff akak tapaukan balance makanan dia. Mereka berlalu pergi.

Pernah didera bapa

Anak ini ada 9 beradik. 5 orang sama macam Joshua ada sejenis penyakit yang muka mereka hampir sama. Joshua berumur 10 tahun. Dia budak yang baik. Kalau tengok depan-depan banyak kesan parut pada tangan, kepala dan badan. Semua tu kesan kena pukul dengan bapa dia.

Joshua pernah datang di kedai dengan muka sedih sangat. Air mata tak keluar tapi saya boleh nampak dia macam nak menangis.

Rupanya masa tu kulit kepala dia koyak kena pukul, tangan dia bengkak kena pukul. Masa tu lah saya nekad untuk bantu Joshua. Dari situ saya pun mula share di Facebook pasal Joshua. Ramai yang beri perhatian. Niat saya hanya untuk selamatkan Joshua dari terus di seksa.

Masa saya rawat Joshua memang saya nangis dan rasa kasihan sangat pada dia. Dari masa tu juga, saya pesan ada dia kalau lapar datang makan kat kedai saya. Jangan pergi tempat lain nanti orang marah atau tak suka. Dia tak pernah minta sedekah, dia akan jual tisu untuk dapat duit.

“Ada juga yang cakap kenapa perlu bantu bangsa lain yang berlainan agama. Kenapa tak bantu bangsa sendiri”

Allah hadirkan Joshua pada saya saat dia memerlukan saya. Semua tu Allah dah aturkan untuk saya dan Joshua. Semuanya berlaku depan mata saya. Belum ada lagi bangsa kita yang jadi macam ni yang berlaku depan mata saya. Jika ada pasti saya akan buat benda yang sama seperti mana saya buat pada Joshua.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...