Kulit Berminyak Perlu Pelembap Ke? Jangan Ulang Silap Ini Kalau Nak Kulit Flawless Berseri

Branded

Kulit Berminyak Perlu Pelembap Ke? Jangan Ulang Silap Ini Kalau Nak Kulit  Flawless Berseri

Nak mula lebih serius menjaga kulit wajah? Tak tahu nak mula dari mana? Jom kami kongsikan. 

Tapi kali ini kami fokuskan langkah yang ramai abaikan iaitu melembap. Bila cakap soal skincare, skincare dari Jepun Hada Labo antara jenama top-tier yang mempromosikan cara orang Jepun jaga kulit. Patutlah kulit orang sana cantik berseri je, flawless!

Rutin penting untuk kulit sihat berseri

hada labo moisturiser

Cubalah teknik atau mekap paling mahal sekalipun, kalau kulit bermasalah, hasilnya pasti kurang memuaskan. Jadi, penting untuk pastikan kulit dengan penjagaan yang betul, barulah kulit sihat berseri.

Apabila kulit kering, lapisan pelindung kulit pun akan terjejas.Kulit akan menjadi kusam, garis halus mula kelihatan dan terlihat kasar. Stresnya!

Kulit bertekstur kasar begini membuatkan mekap sukar untuk dipakai kerana tidak rata serta bercapuk.

Untuk mengelak masalah ini, lazimkan penggunaan pelembap bagi memastikan kulit terhidrasi dan sihat berseri.

Pelembap WAJIB walaupun kulit berminyak!

hada labo texture

Ramai yang sangka hanya kulit kering perlukan pelembap, yalah logiknya bila kulit kering perlukan air kan?

Tapi kulit berminyak macam mana? Dah berminyak tak perlulah kan? SALAH!

Kulit berminyak juga perlukan pelembap untuk memberi keseimbangan minyak muka dan memastikan kulit kekal sihat.

Cara pilih pelembap mengikut jenis kulit:

Kulit berminyak: Pilih pelembap bertekstur gel

Kulit kering: Pelembap bertekstur krim membekalkan kelembapan yang lebih untuk kulit jenis ini.

Kulit kombinasi: Pelembap tekstur gel untuk memudahkan penyerapan ke dalam kulit tanpa membebankan kulit.

Paling penting adalah untuk memahami dan membaca bahan-bahan yang terkandung dalam pelembap untuk memastikan kulit terhidrat secara mendalam dan melegakan kulit. Menjaga lapisan perlindungan kulit juga penting untuk memastikan kesihatan kulit.

Tambahan manfaat seperti anti sinar biru mengelakkan kulit mengalami penuaan pra-matang. Dari mana datangnya sinar biru ni? Semestinya dari matahari dan peranti digital seperti smartphone, laptop, tablet dan sebagainya.

Hada Labo Hydrating Water Gel jadi solusi

hada labo moisturiser

Untuk menyelesaikan semua masalah tersebut, masukkan Hada Labo Hydrating Water Gel dalam rutin penjagaan kulit. 

Pelembap ini dirumus dengan 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ceramide untuk mengunci, mengganti dan mengembalikan kelembapan kulit. Barulah kulit lembap berseri!

Pelembap ini bertekstur gel yang ringan, menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Lagi best, bila diaplikasi, gel ini cepat diserap, kulit terus rasa segar dan lembap.

Kaya dengan bahan-bahan terbaik untuk kulit

Nak tahu tak, produk ini juga ada ekstrak kaktus yang kaya dengan anti-oksidan untuk melegakan iritasi kulit dan melindungi dari kerosakan radiasi bebas.

2 jenis prebiotik dalam produk ini pula menguatkan lapisan perlindungan kulit dan membaiki kulit  untuk lebih sihat dan kuat.

Risau dengan bahaya sinaran biru dari peranti digital? Pelembap ini juga ada bahan Carnosine untuk melindungi kulit dari sinaran biru.

Bagi mereka berkulit sensitif, tak perlu ragu atau risau untuk guna sebabnya Hada Labo Hydrating Water Gel bebas alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT dan Diglycol.

Jangan lupa ikuti Facebook Hada Labo untuk promo, tips skincare serta update terbaru.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...