Siapa je tak moody kalau bangun pagi, tengok cermin dan terkejut nampak jerawat tumbuh tanpa diundang betul tak?
Bukan apa, dah lah tak diundang, tiba-tiba bawa pula satu kampung datang bertandang dekat kulit wajah. Haa, waktu ni bukan setakat rasa moody, mula lah nanti akan ada rasa kurang keyakinan untuk jumpa orang dan sebagainya.
Punca? Semestinya kulit berminyak. Tapi, macam mana nak jaga kulit betul-betul untuk elak daripada berminyak? Meh sini kami kongsi tips berkesan!
Pastikan Kulit Sentiasa Bersih
Langkah pertama yang paling penting dalam mengelak kulit daripada berminyak dan mengundang jerawat daripada bertandang adalah dengan memastikan kulit anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga.
Langkah utama dalam penjagaan kulit semestinya pencuci muka. Sebab itu lah penting untuk menggunakan pencuci muka yang sesuai untuk masalah kulit. Apa yang anda perlu buat adalah pastikan cuci muka dua kali sehari terutama selepas berpeluh. Bunyi macam senang, tapi sebenarnya ramai yang ambil ringan langkah ni…
Bukan itu saja, mungkin ramai yang belum tahu, tapi dengan menggunakan peralatan seperti kain, span atau apa jua peralatan untuk mencuci muka boleh membuatkan kulit anda iritasi dengan lebih mudah.
Jadi, sebaiknya bila anda mencuci muka, anda hanya perlu gunakan hujung jari saja sebab dari situ anda tahu bagaimana untuk mengawal pergerakan dan tekanan ketika mencuci muka.
Cuci Solekan Sebersih Boleh
Siapa dekat sini yang selalu tidur dengan solekan tanpa membersihkannya terlebih dahulu, haa ini lah sebenarnya salah satu punca kenapa anda bangun pagi dan nampak ada beberapa jerawat hadir tanpa diundang!
Untuk pengetahuan, kalau anda tak mencuci solekan sebersihnya, ia akan membuatkan pori-pori anda tersumbat yang mana kalau pori-pori tersumbat, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak.
Haa, kalau minyak dah banyak dan tersumbat, jawabnya memang jerawat timbul.
Kami faham sangat langkah-langkah untuk mencuci solekan tu banyak, tapi demi kesihatan kulit, anda kena juga buat!
Pencuci yang tepat, boleh membantu menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan.
Elakkan Daripada Sentuh Muka Menggunakan Telapak Tangan
Satu lagi perkara yang ramai antara kita dah tahu tapi masih lagi buat adalah sentuh muka dengan telapak tangan yang kotor.
Kalau anda nak tahu, ada banyak kuman dan bakteria yang terdapat di telapak tangan kita hasil daripada kita sentuh benda di sekeliling. Haa, kalau tangan dah penuh kuman, sentuh pula kulit wajah, memang mengundang jerawat!
Bukan itu saja, dengan menyentuh muka dengan tangan yang kurang bersih sepanjang hari akan menyebabkan pertumbuhan jerawat dan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dibersihkan, menyebabkan peningkatan risiko hiperpigmentasi selepas keradangan. Aiyo!
Jadi, kalau boleh anda janganlah sentuh muka dengan telapak tangan yang kotor ataupun kalau memang perlu sentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.
Apa apa pun, perkara paling penting dalam menjaga kulit wajah ni adalah dengan menggunakan pencuci muka yang betul untuk bantu bersihkan segala kotoran.
Guna Produk Pencuci Muka Yang Betul Untuk Kulit
Untuk mengelakkan kulit daripada menghasilkan minyak berlebihan, ada baiknya kalau anda menggunakan produk pencuci muka yang betul dan sesuai untuk kulit anda.
Paling penting, anda kena elakkan produk yang salah sebab ia akan mengakibatkan kulit anda lebih berminyak. Jadi, produk apa yang bagus untuk kulit?
Produk yang kami syorkan ini adalah Acne-Aid Liquid Cleanser Oil Control.
Apa yang membuatkan kami tertarik tentang pencuci muka daripada Acne Aid ni adalah ia dapat membantu untuk mengurangkan minyak berlebihan yang terkumpul dalam kulit anda.
Selain itu, ia juga dapat membersihkan segala kotoran secara efektif dengan 3X-Aksi Teknologi Kawalan Minyak, memastikan agar kulit anda sentiasa bersih dan lembut. Baguskan?
Bukan itu saja, anda tak perlu risau dengan penggunaan pencuci muka ini sebab ia tak akan merengsakan kulit anda, jadi ia sesuai sangat untuk kegunaan harian.
Fakta menarik, terdapat satu tinjaun dilakukan oleh Home Tester Club terhadap 143 ahli dan 9 daripada 10 pengguna bersetuju yang pencuci muka Acne-Aid Liquid Cleanser Oil Control ini tidak membuatkan kulit iritasi disebabkan kandungan pH yang seimbang.
Paling best, ia memastikan kulit anda berasa bersih dan segar lebih daripada 8 jam* serta mempunyai nilai pH yang seimbang tau. Memang bagus untuk anda yang mengalami masalah kulit berminyak.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Jadikan Acne-Aid Liquid Cleanser Oil Control sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda sekarang!
Anda boleh dapatkan pencuci muka ini di farmasi berdekatan. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Acne Aid atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
*Tinjauan dijalankan oleh Home Tester Club dari 7/2/2023 hingga 29/4/2023, 149 ahli ditinjau; 9/10 pengguna bersetuju Acne-Aid® Liquid Cleanser Oil Control membantu mengekalkan kulit bersih dan segar selama lebih daripada 8 jam.
MY-2024-05-0009