Penyanyi Faizal Tahir cukup terkenal dengan keunikan beliau bukan? Faizal juga cukup berbakat dan sering melakukan pekara di luar kotak pemikiran orang lain.
Baru-baru ini, Faizal menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya telah memuat naik foto kulit album terbaharu beliau yang berjudul Anatomi Faizal Tahir.
Kulit album berkenaan jelas cukup berlainan sekali dan mempuyai pelbagai mesej yang tersirat. Malah, rekaan setiap sudut kulit album berkenaan telah mendapat perhatian netizen.
Rat-rata netizen yang melihat foto kulit album tersebut memuji ia sudah setanding dengan taraf antarabangsa.
Berikut antara komen netizen :-
Jika anda perhatikan, mungkin kulit album Faizal mendapat inspirasi daripada karya terkenal The Vitruvian Man oleh Leornardo da Vinci yang dihasilkan sekitar tahun 1490.
Dalam pujian, ada juga pihak yang mengaitkan kulit album tersebut dengan Iluminati dan sebagainya, lebih-lebih lagi saat melihat Faizal tampil tidak memakai baju didalam foto berkenaan.
Apa-apapun, kelainan yang dibawakan oleh Faizal Tahir harus dipuji. Mungkin sudah tiba masanya peminat industri muzik tempatan menerima perubahan yang agak baik sebenarnya untuk mencetuskan sesuatu yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.