Sejak memuat naik foto kulit album terbaharu beliau yang berjudul Anatomi, penyanyi Faizal Tahir telah menerima pelbagai kritikan daripada netizen.
Mereka beranggapan kulit album berkenaan mempunyai unsur Freemanson sehingga menuduh Faizal murtad.
Tidak mahu orang ramai terus salah sangka dan membuat kesimpulan mereka tersendiri, Faizal telah tampil menjelaskan maksud sebenar disebalik foto kulit albumnya itu.
Sejak kulit album ini keluar banyak tanggapan positif dan negatif saya terima, ada yang kata ia iluminati, freemason dan ada juga yang nampak ia seperti salib dan menuduh saya murtad.
Secara dasarnya kulit album Anatomi ini simbolik kepada lagu-lagu dalam album ini dan beberapa benda yang berkaitan dengan kehidupan saya. Saya mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Allah dan saya tidak takut dengan apa juga persepsi negatif segelintir orang, saya percaya Allah sentiasa memberi bimbingan kepada saya.
Menurut Faizal, dua ekor kuda melambangkan tahun kelahirannya manakala sayap pula memberi berkaitan dengan pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Liverpool.
Imej wanita berpurdah pula merupakan simbolik rasa hormat Faizal kepada kaum wanita yang menutup aurat dan gambar kanak-kanak berkepala televisyen pula menunjukkan golongan kanak-kanak kini yang terlalu terdedah dengan internet dan televisyen.
Foto saya empat tangan dan kaki serta tidak berbaju pula adalah lambang lukisan Leonardo da Vincci. Ada juga yang mempersoalkan tentang aurat kerana saya tidak berbaju dalam kulit album ini. Bagi saya ramai lagi penyanyi wanita yang kulit album tidak bertudung dan mendedahkan aurat.
Sebelum menuduh dan menggelarkan orang murtad, lebih baik untuk mendengar dahulu penjelasan Faizal. Janganlah jadikan minda anda terlalu “sempit†dan mengaitkan segala hal dengan Iluminati.