Kulit 40% Lebih Glowing Dalam 28 Hari Dengan Ekstrak Delima

Branded

Kulit 40% Lebih Glowing Dalam 28 Hari Dengan Ekstrak Delima

Kulit sihat, anjal, lembut berseri menjadi idaman setiap wanita. Ramai yang berbelanja ribuan Ringgit setiap bulan untuk menjaga penampilan diri. Skincare, mekap, rawatan facial semuanya untuk nampak mendapatkan kulit sihat berseri dan terhidrasi.

Apa pentingnya kulit lembap terhidrasi? Mestilah penting bagi memastikan mekap lebih sekata tanpa kulit kering yang membuatkan nampak bertompok, tona tidak sekata dan seterusnya mekap bercapuk. Tidakkk!

Selain penjagaan kulit, pemakanan untuk mendapatkan khasiat dalaman juga penting, barulah terserlah kecantikan luaran. Serlahkan kecantikan dengan suplemen penghidratan kulit dengan formulasi kebaikan delima dipatenkan Total Image Hydra Glow.

Hydra Glow membantu melembapkan & menghidratkan kulit dari dalaman supaya kulit nampak segar, sihat dan bermaya. Tiada lagi masalah kulit kusam dan wajah lesu ketika hari raya, malah membantu mekap kelihatan lebih sekata & halus agar cantik berseri.

Dirumus ekstrak delima dipatenkan Viqua®

Total Image Hydra Glow

Suplemen untuk luaran dan dalaman wanita, Total Image Hydra Glow dirumus dengan ekstrak delima dipatenkan Viqua® dan kolagen tripeptide untuk memberikan keserian kulit dari dalam.

Apa yang membezakan suplemen ini dengan suplemen kulit lain di pasaran adalah ekstrak Viqua® ini terbukti secara klinikal untuk meningkatkan hidrasi kulit sehingga 40%! Kesannya, kulit terlihat lembap, sihat berseri dalam 28 hari.

Kolagen tripeptide pula bertindak membuatkan kulit lebih anjal dengan menggalakkan pembaharuan sel. Gabungan dua bahan bermanfaat menjadikannya suplemen terbaik untuk kulit lebih sihat dan meningkatkan tahap hidrasi. Berseri je setiap hari! Siapa yang tak nak kan?

Total Image Hydra Glow

Satu lagi bahan penting dalam suplemen ini adalah Vitamin C. Semua tahu kebaikan Vitamin C untuk mencerahkan, menyekatakan tona dan melambatkan penuaan pramatang.

Total Image Hydra Glow

Bagi korang yang menjaga diet dan mengurangkan pengambilan gula, boleh tetap ambil suplemen ini kerana ianya tidak ditambah gula. Produk ini juga disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Cadangan pengambilan

Untuk mula mengamalkan suplemen ini, mudah sahaja, cuma perlu ambil satu sachet sehari. Boleh terus dimakan dari sachet atau dibancuh dengan 50ml air dan dijadikan minuman. Bagi mendapatkan kesan lebih cepat, dicadangkan untuk mengambil 2 sachet setiap hari. 

Sangat berpatutan kerana suplemen ini dijual pada harga RM93 untuk 60 sachet dengan promosi beli 1 percuma 1 sekarang! Ini bermakna korang perlu berbelanja RM3.10 sehari.

Apa tunggu lagi? Alami kulit cantik, sihat dan berseri sempena Hari Raya nanti dengan Total Image Hydra Glow. Dapatkan sekarang di website Total Image dan nikmati penghantaran percuma ke seluruh negara. Produk juga boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring dan farmasi terpilih seluruh Malaysia.

Total Image Hydra Glow

Untuk menebus 1 kotak percuma dengan setiap pembelian di outlet terpilih, cuma perlu ikut 3 langkah mudah ini:

Langkah 1: Beli 1 kotak Hydra Glow 30 sachet

Langkah 2: Whatsapp nama penuh, nombor kad pengenalan, email, alamat rumah dan bukti resit ke nombor 011-3503 7922

Langkah 3: 1 kotak Hydra Glow 30 sachet PERCUMA (Tanpa Baucar Bonus) akan dihantar ke alamat sekurang-kurangnya 20 hari bekerja. 

Promosi beli 1 percuma 1 ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2022. Cepat sebelum terlambat!

Setiap pembelian produk kecantikan dan pelangsingan Total Image akan disertakan dengan Baucar Bonus. Kumpulkan 8 Baucar Bonus dan tebus 1 hadiah pilihan. Untuk info lanjut, boleh rujuk pada Baucar Bonus atau emel ke [email protected] atau Whatsapp 011-3503 7922.

Untuk tidak ketinggalan info-info terkini mengenai produk Total Image, ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...