Beberapa hari lepas, media sosial dipenuhi dengan foto dan video memaparkan jari berdakwat biru yang dimuat naik oleh rata-rata rakyat Malaysia selepas menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
Malah, dakwat yang digunakan semasa PRU dipercayai kekal hingga berminggu-minggu dan akan bertahan lama walaupun dibasuh menggunakan air.
Jadi, tidak hairanlah sesetengah pengundi lebih memilih untuk menghilangkan kesan dakwat tersebut dengan lebih cepat berbanding menunggu ianya hilang dengan sendiri.
Jom kami kongsikan bahan-bahan di rumah yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan kesan dakwat mengundi di jari sehingga bersih.
1. Krim Veet
Pertama sekali, anda juga boleh menggunakan ‘hair removal cream’ dari jenama Veet. Keadah ini lebih mudah kerana hanya perlu sapukan krim tersebut ke atas jari berdakwat.
Kemudian, gosok beberapa kali sehingga dakwat semakin pudar dan basuh dengan air bersih. Dakwat di jari dan kuku akan terus hilang!
2. Peluntur
Selain itu, masukkan campurkan cecair peluntur bersama air suam ke dalam bekas dan masukkan jari berdakwat ke dalam larutan tersebut.
Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya 30 saat dan gosok jari berdakwat dengan menggunakan tisu.
Seterusnya, bilas dengan menggunakan air dan sapukan krim pelembap pada jari kerana asid daripada cecair peluntur boleh menyebabkan kulit kering.
4. Limau Nipis
Setersnya keadah ini lebih kurang sama sahaja dengan kaedah kedua namun dengan menggunakan limau nipis.
Cara-caranya, tuangkan peluntur ke dalam mangkuk bersama perahan limau dan rendamkan jari ke dalam mangkuk tersebut selama 30 saat.
Kemudian, gosok dengan menggunakan potongan buah limau dan bilas dengan air paip atau lap menggunakan tisu.
@sfyh.thr Cara hilangkan dakwat PRU
5. Hand Sanitizer
Selain digunakan untuk tujuan membersihkan tangan dari terdedah kepada bakteria, Hand Sanitizer juga berkesan untuk menghilangkan kesan dakwat di jari.
Caranya, sapukan Hand Sanitizer ke atas jari dan gosokkan beberapa kali sehingga dakwat hilang.
Bukan itu sahaja, banyak lagi bahan-bahan di rumah lain yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan dakwat seperti sabun mandi, lemon, cuka, belimbing buluh dan sebagainya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.