Tanggal 11 Januari pada Jumaat minggu lepas merupakan hari paling bermakna buat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraikan hari jadi beliau yang ke 40 tahun. Bukan sahaja dihujani dengan ucapan hari jadi daripada peminat dan rakan artis, segmen tribute juga diadakan khas untuk beliau.
Menerusi segmen Bombastik CTDK di salah sebuah stesen radio tempatan, Kugiran Masdo telah dijemput untuk menyanyikan semula lagu Purnama Merindu versi mereka sendiri.
Semoga tahun depan @hotfm976 hentikan program khas macam Bombastik CTDK kalau macam ni kualiti penyanyi yang diketengahkan untuk buat tribute!! MASDO clearly butchered the whole song jadi sampah, dgn lirik berterabur sana sini. Langsung tak respect lagu ni dan penyanyi asalnya ? pic.twitter.com/JsiQPNx3m4
— Alan Al Padat (@IniAlannn) January 12, 2019
Nyanyi dah macam orang mabuk ketum. Ini bukan tribute, ini penghinaan tahu tak? Sakit betul hati aku tau ? pic.twitter.com/X7D7VC93JD
Advertisement— Alan Al Padat (@IniAlannn) January 12, 2019
Berdarah oii telinga aku dengar Masdo hancurkan lagu Purnama Merindu ? Biadap betul buat lagu orang jadi sampai macam ni pic.twitter.com/D7BWQo147q
— Alan Al Padat (@IniAlannn) January 12, 2019
Bagaimanapun, nyanyian itu tidak menjadi dan membuatkan peminat Siti Nurhaliza menyampah dengan Kugiran Masdo yang dianggap sudah ‘menghancurkan’ lagu popular itu. Suara tidak sedap dan lirik juga berterabur.
Mungkin versi Kugiran Masdo ini agak ‘rare’ sehingga susah untuk diterima. Apa pula komen anda?

nenek bawang
January 15, 2019 at 9:06 pm
yang dok kecam tokti x relevan, lagu x sedap satu je nak bgthu korang lah ye sebab dia tetap org suka sebab akhlak dan sikap dia. bukan mcm korang yang acah2 pandai muzik konon2 tapi perangai mcm sial. hahahah biasalah melayu dan dengki berpisah tiada mcm mana melayu nak maju sedangkan bangsa sendiri sibuk dengki sana sini. huhu
Iyeth
January 15, 2019 at 7:03 pm
Ala apa nak heran makcik CT ne pun nyanyi lagu orang pun semua dia rusakkan so taste your own medicine!! Tribute la apa .. opps dah tahap mati la maksudnya! Go rest n take care if ur baby la Makcik!