Kudrat Makin Lemah, Mata Makin Kabur, Roslan Saleh Akui Kini Tak Berdaya Lagi Nak Berlakon

Hiburan

Kudrat Makin Lemah, Mata Makin Kabur, Roslan Saleh Akui Kini Tak Berdaya Lagi Nak Berlakon

Hadir dalam keadaan bertongkat dan perlu dipapah ke Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), tempoh hari, kelibat pelakon veteran Roslan Saleh curi tumpuan umum.

Kudrat Makin Lemah, Mata Makin Kabur, Roslan Saleh Akui Kini Tak Berdaya Nak Berlakon Lagi

Advertisement

Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan akui keadaan fizikalnya yang diliihat kini semakin lemah dan kudrat dimilikinya juga dikhabarkan tidak sekuat dulu.

“Tawaran juga masih ada, cuma saya menolaknya. Saya sudah tidak berdaya dalam keadaan sekarang. Nak bawa badan sendiri pun tak kuat, kudrat semakin lemah dan mata agak kabur, tak macam zaman muda dulu.”

Namun begitu, perkara tersebut bukanlah penghalang buat Pak Lan untuk hadir bertandang ke mesyuarat berkenaan dalam keadaan agak uzur.

Kudrat Makin Lemah, Mata Makin Kabur, Roslan Saleh Akui Kini Tak Berdaya Nak Berlakon Lagi

Difahamkan, Pak Lan kini juga tidak lagi berada dalam dunia lakonan, namun langsung tidak pernah melupakan bidang tersebut dan rakan-rakan seperjuangannya.

Tambah Pak Lan, meskipun tidak berhasrat untuk kembali ke pentas lakonan tetapi akan cuba menghadiri aktiviti yang melibatkan sahabat-sahabat seni duduk berkumpul.

“Tidak dinafikan, ada ketika terdetik juga rindu kerana bidang lakonan sudah sebati dalam diri saya. Justeru, apabila ada undangan menjayakan aktiviti yang boleh membuatkan kami berkumpul semula, saya akan usahakan untuk hadir.”

Kudrat Makin Lemah, Mata Makin Kabur, Roslan Saleh Akui Kini Tak Berdaya Nak Berlakon Lagi

Terdahulu sekitar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, kecoh di media sosial apabila Pak Lan kini mencari rezeki dengan berniaga produk makanan secara kecil-kecilan. Namun, tetap bersyukur perniagaan itu sedikit sebanyak dapat menampung kehidupannya sekeluarga.

“Saya bersama isteri dan dibantu anak kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh yang dimasak sendiri di rumah. Selain itu, saya menjual produk lain seperti dodol dan bahulu.”

Sekadar informasi, Pak Lan merupakan antara barisan pelakon veteran yang amat disegani ramai. Kemunculannya dalam filem Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga nama beliau sering diangkat sebagai pelakon yang handal bermain dengan segala watak yang diberikan kepadanya dalam sesuatu naskah.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...