Kucing unik ini menarik perhatian ramai dengan memiliki dua warna berbeza pada wajahnya. Tetapi ada sesuatu yang jauh lebih menarik lagi mengenai keunikan dua warna ini. Kucing bernama Narnia yang berusia tiga tahun ini telah mewariskan dua anak kucing yang masing-masing mengambil warna dari kedua-dua belah wajahnya.
Dua ekor anak kucing itu dinamakan sebagai Phoenix dilahirkan dengan warna kelabu sepenuhnya, sementara seekor lagi ialah Prada yang berwarna hitam dengan sedikit warna putih di bawah dagu. Menurut pemiliknya, dia terkejut sewaktu Narnia dilahirkan dahulu apabila terdapat dua warna pada wajahnya.
Narnia dilahirkan dengan wajah hitam dan kelabu yang bersebelahan pada wajahnya dan ianya sangat jarang berlaku.
Ini kerana biasanya seekor kucing tidak boleh berwarna hitam dan kelabu dalam masa yang sama. Punca wajahnya yang mempunyai dua warna juga tidak diketahui tetapi kucing lain dengan penampilan misteri ini dikenali sebagai chimeras. Bagi kucing jantan, ini bermaksud terdapat X chromosome tambahan pada tahap embrio.
Tetapi pemiliknya mengatakan bahawa ujian genetik menunjukkan bahawa dia bukan chimeras. Seorang ahli genetik melakukan ujian dan mendapati Narnia hanya mempunyai satu DNA di mana ianya masih dianggap misteri sains.
Kucing tersebut juga memiliki mata biru yang indah yang sangat jarang terjadi pada kucing yang semuanya hitam. Biasanya mata biru sering dijumpai pada kucing putih sahaja. Kucing bernama Narnia ini berasal dari Paris tetapi tinggal di Britain selamat menjadi bapa kepada Phoenix dan Prada tahun lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.