Kucing Terperangkap Dalam Kereta Jiran, Pasang Lampu Hazard Untuk Minta Bantuan

Trending

Kucing Terperangkap Dalam Kereta Jiran, Pasang Lampu Hazard Untuk Minta Bantuan

Untuk sesetengah pihak yang masih tidak tahu menggunakan lampu signal atau lampu hazard ketika memandu, nampaknya kucing ini ternyata lebih bijak dari anda. Dalam situasi kecemasan seperti ini, seekor kucing bijak menggunakan fungsi lampu hazard untuk dapatkan bantuan.

Pengalaman lucu ini disedari ketika ayah kepada Hanis ini ingin mengunci pagar rumahnya. Tetapi kemudian dia melihat lampu hazard berkelip-kelip terpancar pada kereta jirannya. Selepas dilihat dengan lebih teliti, rupa-rupanya kucingnya terperangkap di dalam kereta!

Advertisement

kucing dalam kereta

Kucing bernama Oyen itu masuk ke dalam kereta jiran mereka ketika mereka mengeluarkan barang. Hanis juga kongsikan yang jiran mereka sememangnya tidak sedar langsung kucingnya berada di dalam kereta.

Semasa ayahnya mengunci pagar, Oyen telah memasang lampu hazard itu untuk menarik perhatian mereka di luar. Dan taktiknya berjaya apabila lampu itu menarik perhatian mereka di dalam rumah.

whatsapp

Ramai yang terhibur dengan perkongsiannya ini sehinggakan mendapat 37 ribu retweet setakat ini. Populariti kucingnya juga semakin meningkat apabila ramai yang terpegun dengan perangai bijaknya itu.

Artikel berkaitan: (Video) “Rasa Macam Makan Tuna Je”, Lelaki Ini Makan Nasi Bersama Makanan Kucing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...