Kucing Peliharaan Tiba-Tiba Murung, Rupanya Petanda ‘Tuan’ Meninggal Dunia

Trending

Kucing Peliharaan Tiba-Tiba Murung, Rupanya Petanda ‘Tuan’ Meninggal Dunia

Bagi pencinta kucing, pasti akan berasa sedih apabila haiwan peliharaan yang comel dan manja itu mati sama ada sakit, tua atau kemalangan.

kucing

Advertisement

Namun, tahukah anda, kucing juga mempunyai perasaan yang sama seperti manusia apabila tuannya meninggal dunia.

Itulah yang berlaku ke atas kucing-kucing belaan seorang wanita yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan pada Selasa lalu.

Sebelum kejadian itu berlaku, kucing-kucing peliharaannya dikatakan tiba-tiba murung dan kurang aktif berbanding sebelum ini.

Hal tersebut diceritakan oleh kakak arwah, Rozaleeza Mohd Yakub. Menurut Rosaleeza, sebelum adiknya Rosizanie Amira meninggal dunia akibat kemalangan, dia terkenang kembali tingkah laku kucing-kucing tersebut yang berkelakuan pelik.

Bila difikirkan kembali, barulah dia sedar rupanya itulah petanda keluarganya bakal kehilangan insan tersayang.

“Sebelum ini kucing-kucing dia kalau nampak ada orang keluar rumah, mereka akan bising.

“Tapi malam itu kami keluar, kucing-kucing itu masih berjaga tetapi hanya diam dan pandang kami, seolah-olah turut bersedih dan tahu tuan mereka sudah tiada,” katanya.

Sebelum kejadian, Rosaleeza memberitahu adiknya itu ada memaklumkan kepada ibu, dia hendak keluar berjumpa rakannya untuk membuat rawatan bekam namun tidak sangka terbabit kemalangan ketika perjalanan pulang malam itu.

Bercerita lanjut, wanita berusia 26 tahun itu berkata, adiknya yang bekerja sebagai jurujual itu seorang yang penyayang dan sangat sukakan haiwan.

Sejak sekolah menengah lagi, adiknya itu mempunyai sifat tersebut. Sekiranya nampak anjing sakit atau tak makan, adiknya sanggup berhenti tepi jalan dan beri ia makan.

Malah, arwah Rosizanie mempunyai hampir 20 ekor kucing yang kebanyakannya adalah kucing jalanan. Menurut Rosaleeza, arwah adiknya sanggup menggunakan lebih separuh duit gaji untuk mebeli makanan dan mengubati kucing-kucing tersebut.

kucing

Mereka sekeluarga tidak pernah membantah apa yang dilakukan oleh arwah kerana tahu sifatnya yang sayangkan haiwan.

Mengimbau kembali kenangan manis bersama adiknya itu, Rosaleeza berkata Rosiazanie akan menghabiskan masa selama beberapa jam membersihkan kesemua kucingnya itu sebelum ke tempat kerja.

Kini tugas tersebut diambil alih olehnya dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan rindu terhadap arwah adiknya itu.

“Saya bercakap dengan kucing-kucing yang tuan mereka sudah tiada. Mereka seakan-akan faham dan masuk sendiri ke dalam sangkar. Betullah orang cakap, kucing juga ada perasaan,” ujarnya.

Kisah pemergian Rosizanie menghadap Ilahi selepas terbabit kemalangan di Melaka Sentral Selasa lalu mendapat perhatian ramai apabila sepupunya memuat naik status meminta bantuan orang ramai mencari individu lain yang turut terlibat dalam kemalangan sama.

kucing

kucing

Jenazah Rosinazie selamat disembahyangkan di Masjid Ul-Ukhuwah, Kg Padang, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Padang, Melaka, Rabu lepas.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...