“Kucing Lalu, Saya Rasa Nak Makan..” – Podcast Zara Zya Dirasuk Makhluk Halus Di Bali Bikin Bulu Roma Netizen Meremang!

Hiburan

“Kucing Lalu, Saya Rasa Nak Makan..” – Podcast Zara Zya Dirasuk Makhluk Halus Di Bali Bikin Bulu Roma Netizen Meremang!

Tular sejak hujung minggu lalu mengenai podcast kendalian jurusolek terkemuka Alha Alfa yang menjemput pelakon Zara Zya dalam episod terbarunya.

Dalam episod ‘Misteri Raja Iblis’, Zara Zya menceritakan mengenai Zara Zya diganggu makhluk halus ketika melakukan penggambaran serta kebolehannya melihat jin dan syaitan.

Advertisement

Cerita Zara, dia pernah berperwatakan seperti ular selepas bermimpi dia memakan haiwan tersebut.

Satu malam itu saya mimpi ular sawa warna kuning dan benda yang saya makan itu adalah ular dan saya bangun pun menjadi ular. Saya tidak boleh berdiri, lembik, merengkok dan buat bunyi ular.

Kawan sayaadan Datuk Alha laungkan azan di setiap penjuru rumah. Dalam keadaan saya begitu, kawan saya masak tapi saya bukan makan macam manusia normal tapi macam binatang tu. Kucing saya lalu, saya nak makan.

Malah, Alha turut mengakui Zara ada pernah cuba membaham kucing peliharaannya sendiri.

Difahamkan, Zara berdepan gangguan tersebut selama setahun dan masih belum mengetahui punca dan siapa yang melakukan perbuatan gangguan tersebut.

Benda itu berpanjangan dalam setahun. Sampaikan nak tengok binatang tu pun saya tak boleh.Kalau saya tengok binatang itu saya akan terus jerit dan tak sedarkan diri. Sampai sekarang saya tidak tahu dari mana? kenapa?.

Podcast tersebut ternyata telah membuatkan ramai peminat merinding dan berasa seram dengan pendedahan Zara Zya.

Peminat juga mendoakan Zara cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kelab peminat fattah amin kembali aktif
60 mins ago

Artis Kesayangan Ditimpa Ujian, Kelab Peminat Fattah Amin 'The FA Team' Kembali Aktif Setelah 6 Tahun Bubar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...