Kucing Ini Terabai Bertahun-Tahun Lamanya, Bulu Bertukar Menjadi Dreadlocks

Trending

Kucing Ini Terabai Bertahun-Tahun Lamanya, Bulu Bertukar Menjadi Dreadlocks

Seekor kucing bernama Hidey telah “bertukar” menyerupai sotong oktopus’ setelah dia bertahun-tahun diabaikan oleh tuannya yang mengalami penyakit Alzheimer.

Advertisement

Difahamkan, Hidey menjadi tidak terurus sehingga bulu-bulunya menjadi kusut seterusnya bertukar menyamai rambut dreadlocks.

Foto kucing feline itu dimuat naik oleh laman Facebook, Animal Rescue League Shelter & Wildfire Center di Pittsburgh, Pennsylvania.

Posting foto itu berkata: “Kucing malang ini dibawa ke klinik kami semalam selepas tuannya yang sudah tua terpaksa berpindah ke rumah rumah jagaan orang tua.

“Ia menderita kekusutan teruk, menampakkannnya seperti sudah diabaikan bertahun-tahun lamanya.

“Pasukan medikal kami telah memotong bulu-bulu kusut itu dan kini, dia merasa semakin sihat. Dia akan dijaga oleh saudara terdekat tuannya dan akan berpeluang untuk hidup gembira semula.”, sambung posting itu.

Hidey dijumpai oleh saudara terdekat tuannya, Paul Russel, risau tentang kucing di rumah itu selepas mengetahui khabar lelaki berkenaan telah dibawa ke rumah jagaan.

Terkejut dengan keadaan Hidey, Russel membawa haiwan itu ke klinik terbabit.

“Terlalu banyak bulu. Ia mungkin terabai bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi panjang seperti itu. Dia juga terlebih makan.”, kata Russel.

Sumber: Dailymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...