Kucing Ini Enggan Berganjak Dari Kubur, Walau Dah Setahun Kematian Tuannya. Sungguh Sayu!

Trending

Kucing Ini Enggan Berganjak Dari Kubur, Walau Dah Setahun Kematian Tuannya. Sungguh Sayu!

Seekor kucing yang merasa rindu pada tuannya tinggal di kubur wanita yang pernah memeliharanya di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia sejak setahun lalu.

Advertisement

Seorang penduduk, Keli Keningau Prayitno berkata, pada awalnya dia menyangkan yang kucing itu tidak bertuan dan merasa pelik kerana setiap hari ia dilihat berada di kubur berkenaan, lapor Daily Mail.

“Setiap hari kucing itu meninggalkan kubur berkenaan sejam atau dua, pulang ke rumah tuannya untuk makan makanan yang disediakan anak wanita berkenaan.

“Selepas itu ia kembali ke kubur dan bermalam di sana,” katanya.

Keli berkata dia pernah cuba membawa kucing itu pulang untuk dipelihara namun kucing tersebut tetap kembali ke kubur tuannya yang dikenali sebagai Kundari.

“Sudah setahun ia berada di kubur itu, tidak mahu meninggalkan kubur wanita yang pernah memeliharanya.

“Anak Kundari memberinya makan dan minum setiap hari, selepas itu Ia berjalan ke kubur tuannya dan bermalam di situ.

“Sungguh mengharukan,” kata Keli sebagaimana lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...