Kucing Hitam Dibunuh Dan Dimakan Setelah Berita Palsu Tersebar Ianya Mampu Menyembuhkan Coronavirus

COVID-19

Kucing Hitam Dibunuh Dan Dimakan Setelah Berita Palsu Tersebar Ianya Mampu Menyembuhkan Coronavirus

Di Vietnam, kucing hitam telah dibunuh dan direbus untuk dijadikan sebagai penawar kepada wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia kini. Situasi yang berlaku di Hanoi kini di mana ‘penawar’ itu dijual di pasar dan turut dijual secara atas talian sama ada dalam bentuk minuman ataupun pes.

Perkongsian yang viral di Vietnam itu memberitahu badan kucing hitam mampu menyembuhkan wabak coronavirus yang masih tidak mempunyai vaksin buat masa ini. Orang ramai mula mempercayai perkhabaran itu sehinggakan seorang bayi turut dilihat menikmati minuman penawar itu.

Advertisement

Di dalam perkongsian itu, dapat dilihat kucing-kucing hitam diletakkan di dalam satu periuk besar sebelum air panas yang mendidih dituang ke dalamnya. Ada juga yang menjemur bangkai kucing hitam yang telah dibuang bulunya sebelum dijadikan penawar.

penawar kucing hitam“Penyembuhan” berasaskan kucing dibuat dengan mengisar daging haiwan yang dimasak menjadi pes, yang kemudian diambil oleh mereka yang disahkan positif wabak itu dan juga mereka yang berusaha untuk tidak dijangkiti.

Gambar dan video rakaman yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis coronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.

Walaupun negara-negara lain cuba mengurangkan penjualan dan penggunaan haiwan hidup, para doktor di rantau ini mendorong ramai orang untuk memakan daging anjing dan kucing. Mereka menyatakan khasiatnya dapat membantu melawan virus tersebut.

Bukan sahaja penjualan semakin melonjak malah ada juga yang menjualnya di aplikasi penghantaran makanan.

pes kucing

Pes kucing hitam

Menurut pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet, masyarakat di seluruh dunia dalam kebimbangan dan ketakutan memerangi COVID-19. Tetapi ini tidak memaafkan kekejaman mengerikan yang ditimbulkan oleh orang Vietnam terhadap kucing-kucing yang malang ini.

Tidak ada bukti apa pun bahawa makan kucing menyembuhkan coronavirus dan walaupun ada, rawatan tidak berperikemanusiaan ini adalah tahap kekejaman yang tidak dapat diterima bahkan bagi mereka yang memakan daging.

kucing hitamSeorang penjual di Kemboja mengatakan bahawa mereka yang berada di komunitinya percaya bahawa daging anjing baik untuk kesihatan dan membantu mencegah penyakit selesema atau virus seperti COVID-19. Walaupun daging haiwan itu sering dikaitkan dengan penularan wabak seperti yang berlaku kini.

Disebalik penularan wabak COVID-19, penjualan daging kucing dan anjing dilihat semakin rancak dijual disebabkan kepercayaan masyarakat tempatan. Sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian saintifik yang menyokong pendapat daging haiwan ini mampu menjadi penawar kepada coronavirus.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...