Kucing Hampir Mati Diselamatkan Anggota Bomba Yang Pakaikannya Topeng Oksigen

Trending

Kucing Hampir Mati Diselamatkan Anggota Bomba Yang Pakaikannya Topeng Oksigen

Anggota bomba telah berjaya menyelamatkan dua ekor kucing yang kelemasan terhidu asap setelah menyelamatkan mereka dari satu kebakaran di sebuah apartmen. Apartmen itu dipercayai terbakar disebabkan litar pintas di bandar Turin, Itali.


Bomba berjaya mengeluarkan 15 orang penduduk dari bangunan itu dan tiada siapa tercedera, namun dua kucing yang terperangkap dalam salah satu apartmen yang terbakar didapati lemas kerana terhidu asap. Anggota bomba berjaya menemui dua ekor kucing tersebut, membawa mereka ke jalan raya dan membantu mereka bernafas menggunakan oksigen.

Advertisement

Rakaman menunjukkan salah seorang pekerja kecemasan memakaikan topeng oksigen pada wajah kucing itu sambil mengusap kepalanya. Seekor lagi kucing berwarna kuning dan putih juga diberi bantuan oksigen sambil baring di cadar warna ungu.

Beberapa orang anggota bomba pula mengurut perut dan tengkuknya sambil mengepam oksigen ke mulutnya untuk membuatnya sedar semula. Salah seorang anggota bomba dilihat bertanya:

Macam mana? Rasa lega tak?

Seorang lagi anggota bomba dilihat menuangkan air dari dalam botol ke tangannya untuk memberi kucing itu minum. Di hujung video, dua ekor kucing itu dilihat hidup dan disimpan dalam kandang kucing. Sama ada dua ekor kucing itu sudah bertemu semula dengan pemiliknya belum dapat dipastikan.

Laporan menyatakan, apartmen yang terbakar kini rosak teruk dan langsung tidak boleh didiami semula. – amazingnara.com via Metro UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...