Kucing Bernama Choupette Bakal Jadi Kucing Terkaya, Warisi Harta Karl Lagerfeld

Trending

Kucing Bernama Choupette Bakal Jadi Kucing Terkaya, Warisi Harta Karl Lagerfeld

Selain minat yang mendalam dalam dunia fesyen, pereka fesyen terkenal mendiang Karl Lagerfeld juga seorang yang cintakan haiwan seperti kucing.

kucing

Advertisement

Lagerfeld ada membela seekor kucing bernama Choupette yang sangat disayanginya. Disebabkan itu, harta milik Karl Lagerfeld yang mencecah RM796 juta turut akan diwarisi oleh Choupette.

Dalam wasiatnya, Lagerfeld ada menamakan beberapa individu yang akan mewarisi harta miliknya. Salah satu daripada nama tersebut ialah Choupette.

kucing

Choupette merupakan kucing baka Burma yang dibela Lagerfeld pada 2011. Kucing itu menjadi kucing selebriti kerana memiliki lebih 200,000 pengikut di laman Instagramnya.

Sebelum ini, Choupette sudah biasa dengan gaya hidup mewah dan mempunyai pengawal peribadi dan pembantu rumah sendiri. Malah jika makan di restoran, Choupette akan makan di meja makan yang sama seperti manusia.

kucing

Bukan itu saja, Choupette juga mempunyai bukunya sendiri iaitu “Choupette: The Private Life of a Cat Fashion Flying High”.

Selepas kematian Lagerfeld pada Selasa lalu, tidak pasti siapa yang akan menjaga kucing ini tetapi dikhabarkan model kegemaran Lagerfeld, Brad Kroenig dan anaknya akan menjaga Choupette.

Sumber Berita: The Vocket

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...