Sering kita mendengar kisah-kisah mengenai jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah atau ibadah haji. Mereka diibaratkan seperti hamba Allah yang terpilih bersemadi di sana.
Arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 5 Mac lalu di hospital Madinah setelah lebih kurang dua minggu berada di wad. Bagi gadis ini, dia redha dengan kemergian ayah tercinta di Tanah Suci Mekah. Dia percaya dan yakin ini adalah hikmah disebalik apa yang berlaku.
Menerusi posting di laman twitternya, gadis ini meluahklan perasaan sayang terhadap arwah ayahnya yang tidak akan pudar hingga bila-bila.
Syurga buatmu Abah!
Tulisnya lagi, Allah ambil abah di tempat yang semua orang berebut untuk meninggal di sana.. Madinah Al Munawarah, ditanam di Perkuburan Al Baqi’. Selamat tinggal abah, jumpa adi di syurga.
Tambahnya, kubur arwah bapanya juga terletak selari dengan makan Nabi Muhammad SAW serta dikelilingi ‘Ashabul Jannah iaitu penghuni syurga. Allahu! Sungguh beruntung abahnya.
Posting berkenaan diulang kicau sebanyak lebih 20,000 kali serta mendapat 25,000 tanda suka dimana rata-rata kagum apabila jasad arwah bapanya ditanam di tempat yang mulia. Semoga roh arwah bapanya tenang bersama orang-orang beriman.
Sumber: Aisyaamirhamzah