Kubur Pesakit COVID-19 Di Indonesia Digali Dan Jenazah Dilaporkan Hilang

COVID-19

Kubur Pesakit COVID-19 Di Indonesia Digali Dan Jenazah Dilaporkan Hilang

Pada 30 Mei lalu, dilaporkan di Indonesia, jenazah seorang pesakit COVID-19 hilang dari tanah perkuburannya. Jenazah dikatakan telah dikebumikan di tapak perkuburan Desa Tanjung Boleng, Mukim Komodo.

Setiausaha Harian Wilayah Kabupaten Manggarai Barat, Ismail Surdi menyatakan sehingga kini pihaknya masih belum mendapat sebarang informasi tentang siapa yang bertanggungjawab menggali kubur tersebut

Advertisement

Ismail turut memberitahu , jenazah Pesakit Dalam Pengawasan (PDP) itu merupakan satu daripada empat jenazah pesakit COVID-19 yang telah dikebumikan di lokasi yang sama. Namun, tiga kubur yang lain dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Kami sedang menyiasat tentang bilakah dia diambil, siapa yang mengambil dan di manakah lokasi jenazah sekarang. Nanti akan kami kongsikan perkembangannya.” 

Sebelum ini, di Indonesia turut dilaporkan mengalami beberapa kes pengambilan jenazah pesakit COVID-19 secara paksa dari hospital.

Menurut Tribun News, beberapa hari lalu kira-kira 150 individu menyerbu masuk ke Hospital Stellamaris, Makassar dengan merempuh penghadang hospital. Mereka dikatakan telah melarikan jenazah seorang pesakit COVID-19 dengan mengangkatnya menggunakan tandu sejauh 500 meter.

Mereka turut melanggar sekatan yang dibuat oleh pihak polis dan tentera di sana.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...