Susulan kontroversi melibatkan seorang YouTuber yang memuat naik sebuah video melawat tempat pengebumian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai satu kandungan dalam YouTubenya, pengacara dan penyampai radio, Fedtri Yahya telah menegur individu berkenaan.
Katanya di dalam teguran tersebut, sebagai seorang umat Islam, kita hendaklah sentiasa mematuhi dan menjaga adab ketika menziarahi kubur.
Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti.
View this post on Instagram
Di dalam hantaran tersebut, Fedtri yang merupakan penulis lirik juga memberitahu dan berkongsikan enam adab yang perlu dititikberatkan ketika melawat kawasan perkuburan antaranya disunatkan berwuduk, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Perkongsian yang dibuat oleh pengacara rancangan dokumentari Jejak Rasul itu telah mendapat perhatian orang ramai dan mereka turut berterima kasih kepadanya kerana berkongsi serta memperingatkan hal indah tersebut di media sosial.
Sedia maklum, tular seorang YouTuber iaitu Aisar Khaled yang dikecam ramai kerana menjadikan kematian dan lokasi pengebumian Siti Sarah sebagai kandungan YouTube miliknya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.