Kewujudan sebuah surau unit di tengah-tengah bandar Sungai Pechala ternyata telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.
Ini kerana rekaan surau itu yang unik dipautkan dengan sentuhan tropika memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Selalunya, rekaan surau atau masjid dilengkapi dengan kubah seolah-olah telah menjadi satu kewajipan buat pereka-pereka bangunan ibadah di Malaysia.
Namun Musalla Al-Abrar hanya menyajikan reka bentuk petak dengan blok konkrit yang diinspirasikan oleh bentuk Kaabah di tanah suci Mekah.
Difahamkan, surau itu adalah hasil ilham arkitek bernama Hafiz Ismail,48.
Saya diilhamkan oleh bentuk Kaabah yang menarik berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun untuk pergi ke sana.
Musallah Al-Abrar ini boleh memuat sehingga 1,500 jemaah dalam satu-satu masa dan turut mempunyai ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan juga dapur.
Siap dibina pada tahun 2016, surau yang berada di bawah pentadbiran Yayasan Tawfiq ini telah menjadi tumpuan bukan saja dari kawasan sekitar, tetapi juga luar dari Lembah Klang misalnya.
Menerapkan konsep ‘brutalisme tropika’, surau ini menggunakan dinding konkrit yang disaluti simen tanpa sentuhan cat. Manakala tropika pula merujuk kepada tumbuhan yang melata di sekeliling bangunan. – BERNAMA
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.