Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kuat Sentap : Pengarah Label Aliff Syukri Tidak Layak Jadi Pelakon

Tentu anda semua tahu baru-baru ini Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik video meluahkan rasa marah serta kecewa,  kerana filem Badang dan lakonannya dikritik hebat oleh netizen. Aliff bukan sahaja tidak dapat mengawal kemarahannya sehingga keluar beberapa perkataan mencarut, tetapi  beliau juga merayu kepada rakyat Malaysia untuk menghargai bakat lakonannya.

Advertisement

Nampaknya kontroversi mengenai lakonan Aliff bukan sahaja diperkatakan oleh penggemar filem tempatan tetapi oleh pengarah popular Shahrulezad Mohameddin yang sebelum ini menerbitkan beberapa drama hits.

Menurut Shahrulezad, Aliff tidak layak untuk bergelar pelakon sekiranya beliau kuat sentap dan tidak boleh menerima sebarang kritikan. Lebih baik beliau fokus kepada perniagaannya sahaja.

Perkara itu disokong oleh artis-artis senior seperti Amyza Aznan dan Arash Mohd. Menurut Amyza, beliau meluat melihat orang yang berduit menggunakan industri seni sebagai platform untuk melebarkan sayap perniagaan dan mencemarkan industri hiburan tempatan kerana mereka tiada bakat untuk berlakon.

Advertisement

Beberapa netizen juga turut bersuara mengenai isu ini dan berpendapat Aliff tidak harus terjun ke bidang lakonan dan sering meraih publisiti murahan.

Penonton di Malaysia kini sudah lebih cerdik dan tentunya mahu seorang yang mempunyai bakat serta kualiti dalam lakonan mereka. Bukan bermaksud tidak mahu beri peluang, tetapi bukan semua orang boleh jadi pelakon. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Facebook Shahrulezad Mohameddin

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

67 Comments

  1. Tk

    February 24, 2018 at 3:08 pm

    Di Malaysia ramai yg berbakat. . Tapi ada juga yg tak berbakat di tawarkan menyanyi atau berlakon semata mata kerana populariti walau bakat berlakkon menyanyi tak ada. Mcm Che Ta berlakon kayu. Muka tu keras jegang jer. tak afa expression. Tetapi che ta not bad sebagai pengacara (program aku tak ingat) Kila Fairy berlakon juga kayu .Takat ni blum tenguk apa bakat beliau. Ada terbaca Kila di panggil JLo Malaysia? Say what? Tang mana nya mcm J Lo? tahun 80’an pun ada yg berhajat nk jadi penyanyi tapi suara ntah kemana. Antaranya. Noramin moshi moshi. M Saila dan gaya Zakri. Suara Tak sedap langsung.

  2. adula....

    February 23, 2018 at 8:29 am

    bagus la di kutuk awal2…. nanti… meroyan…. sebab x menang award pulak….bg sedar diri…

  3. Anonymous

    February 22, 2018 at 9:34 pm

    Jadi ahli politik laa pulak dato.

  4. Lynn

    February 22, 2018 at 9:02 pm

    Ntah knpa tengok misteri jenazah episode yg dia ni belakon jadi menyampah je tengok expresi wajah dia..belakon x belakon mmg riak tahap gaban

  5. mma

    February 22, 2018 at 8:13 pm

    pasni dia masuk politik lakkk….

Loading...
To Top