Penyanyi lagenda kumpulan rock terkenal, Datuk Awie mengakui dirinya kini berasa bengang dengan sikap pembantu rumah yang sering saja melarikan diri dan membuat hal yang bukan-bukan.
Terkini, pembantu rumahnya yang berusia awal 20-an telah bertindak di luar jangkaan apabila telah menipu serta melarikan diri dari rumah Awie.
Mengakui sudah letih dan kecewa, Awie berkata dia dapat menangkap kembali pembantu rumah tersebut yang ditemuinya di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Ujar penyanyi kumpulan Wings ini lagi, dia dan isteri, Datin Sharifah Ladyana telah menghubungi pembantu rumah berkenaan pada awalnya dan turut menasihati agar tidak berbuat demikian kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa.
View this post on Instagram
“Tapi dijawabnya, kalau berani tangkaplah. Aku sudah mahu pulang, akhirnya saya tangkap dia betul-betul di sekitar Kuala Lumpur yang taklah besar mana ni. Atas bantuan kawan-kawan, dia kami temrui di kawasan Chow Kit dan bila bawa balik, penuh gigitan cinta di leher!”
Tambah Awie, dia dan isteri tidak pernah berkira dengan pembantu rumah tersebut malahan dibelikan pakaian jenama yang sama dengan anak-anaknya. Tetapi malangnya sikap tidak tahu bersyukur membuatkan dia berasa terkilan dan mengakui tertipu dengan perwatakan naif pembantu rumah ketika awal-awal kedatangan dia ke rumah untuk bekerja.
View this post on Instagram
Kini, penyanyi yang baru sahaja menimang cahaya mata ke-6 itu sedang mencari pembantu rumah bagi menguruskan hal ehwal keluarga terutamanya selepas isteri tercinta melahirkan anak mereka iaitu Putra Ahmad Andika yang kini berusia dua bulan.
“Saya memang tengah cari pembantu rumah tapi nak orang Melayu kita. Baiklah bantu orang kita cari rezeki. Saya harap ada yang sudi bekerja dengan saya. Saya dah tak larat nak bagi muka kepada orang luar. Selama ini pun kita layan dengan baik tapi akhirnya dipijak-pijaknya pula kita.” – Datuk Awie