“Kuat Merajuk” – Wanita Kongsi Rasa Duduk Satu Rumah Dengan Mentua Kuat Beribadah Tapi Dakwa Dilayan Macam Hamba

Kehidupan

“Kuat Merajuk” – Wanita Kongsi Rasa Duduk Satu Rumah Dengan Mentua Kuat Beribadah Tapi Dakwa Dilayan Macam Hamba

Kisah-kisah mengenai ibu mentua melayan menantu dengan kejam sudah biasa kita dengar di dalam drama mahupun di dunia realiti.

Malah, ada yang memilih untuk menamatkan ikatan perkahwinan hanya kerana tidak lagi sanggup dilayan dengan buruk oleh ibu mentua sendiri.

Advertisement

Seperti perkongsian seorang individu yang dirahsiakan identitinya ini, dia bukan sahaja menanggung derita kerana sikap mentua, malah dia turut dianggap seperti orang gaji di rumah ibu suaminya itu.

Wanita itu dilihat telah berkongsi luahan hati di Twitter Fedtri Yahya, di mana dia mendakwa ibu mentuanya itu sering ‘menarik muka’ terhadap benda-benda yang remeh dalam kehidupan seharian.

Lebih kesal lagi, layanan tersebut seolah-olah hanya dikenakan terhadap dirinya dan bukan kepada anak dan menantu lain yang tinggal berdekatan.

Perkahwinan saya bersyarat, perlu tinggal di rumah mentua. Kadang sampaikan saya rasa bukan seorang isteri di rumah itu, tapi seorang yang bekerja untuk siapakan makanan dia.

Sedangkan anak-anak dia yang lain tinggal satu taman, tempat kerja hanya ambil masa 10 minit paling lama, tapi kami yang bekerja jauh ini juga yang diharuskan tinggal dengan dia.

Malah, ibu mentua wanita itu akan merajuk setiap kali dia pulang ke pangkuan keluarganya untuk aktiviti ziarah, sekaligus membuatkan wanita itu serba salah.

Wanita itu juga hairan dengan sikap ibu mentuanya yang rajin beribadah namun berperangai dan berfikiran sedemikian rupa terhadap dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati ke atas nasib yang menimpa wanita itu dan berharap agar dia sentiasa tabah menghadapi dugaan perkahwinan.

TwitterSumber : Twitter  

“Cuba tanya ibu mentua kenapa layan awak macam tu? Kenapa menantu yang lain dia tidak kisah sangat? Dah luahkan dekat suami perkara ni? Mungkin dia sayang tapi sengaja nak uji kesabaran.” komen seorang netizen di media sosial.

lelaki cuba berbual
2 years ago

"Buruk Sangat Ke Aku Ni" - Lelaki Cuba Berbual Dengan Wanita Tapi Kena 'Reject', Tak Pasal Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...