Kuat Main Mobile Legends? Indonesia Cadang Hantar Pelajar Kaki ‘Game’, Samseng & Kuat Melawan Mak Ayah Ke Kem Tentera

Dunia

Kuat Main Mobile Legends? Indonesia Cadang Hantar Pelajar Kaki ‘Game’, Samseng & Kuat Melawan Mak Ayah Ke Kem Tentera

Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi tampil dengan pendekatan tersendiri bagi menangani sikap pelajar yang semakin sukar dikawal.

Antara isu disiplin yang dikenal pasti termasuk pelajar yang ketagih bermain Mobile Legends hingga lewat malam, kerap ponteng sekolah, dan terlibat dalam pergaduhan.

Advertisement

Menurut laporan Viva News & Insight, inisiatif ini dijadual bermula pada 2 Mei 2025 dan akan dilaksanakan di beberapa kawasan terpilih di Jawa Barat yang dikenal pasti sebagai zon berisiko tinggi.

Jawa barat, indonesia saran penggemar mobile legend, kaki mabuk dihantar ke kem tenteraSumber : Viva news 

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Kepolisian Republik Indonesia (Polri), dengan matlamat untuk membentuk semula disiplin dan sahsiah pelajar yang gagal dibentuk melalui pendekatan pendidikan konvensional.

Yang suka bergaduh, kaki mabuk, kaki Mobile Legends. Yang bangun lewat, melawan mak ayah, buat kacau di sekolah atau asyik ponteng, semua tu masuk dalam senarai.

Sepanjang program dijalankan, para pelajar terlibat tidak akan mengikuti sesi persekolahan seperti biasa. Sebaliknya, mereka akan menjalani modul khas yang dirancang untuk memperkukuh nilai disiplin, rasa tanggungjawab, dan sikap hormat terhadap orang lain.

Pemilihan pelajar akan dibuat berdasarkan persetujuan antara pihak sekolah dan ibu bapa, khususnya bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda terlibat dalam masalah sosial, pergaulan bebas atau jenayah ringan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelamin roboh, pampers bawah meja
48 mins ago

“Pelik-Pelik Perangai…” – Pelamin Runtuh Dah Satu Hal, Sekali Jumpa Lampin Terpakai & Tisu Basah Bawah Meja Makan Pengantin 'Viral'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...