“Kuat Hati Saya Mengatakan Dia Suka Budak-Budak, Seorang Yang Penyayang” – Datuk Vida Menangis Tengok Video Abang Bas Peluk Ibu

Trending

“Kuat Hati Saya Mengatakan Dia Suka Budak-Budak, Seorang Yang Penyayang” – Datuk Vida Menangis Tengok Video Abang Bas Peluk Ibu

Sedia maklum, isu berkaitan seorang pemandu bas sekolah yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ sememangnya masih diperkata ramai dan salah seorang usahawan dikenali ramai iaitu Datuk Seri Vida turut tampil bersuara mengenai isu terbabit.

Abang Bas nampak ada sikap penyayang

Menerusi hantaran di platform TikToknya, Datuk Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menangis selepas melihat video Abang Bas memeluk ibunya selepas berjaya dijamin.

Advertisement

Hati saya sebagai seorang ibu yang ada anak bujung..anak teruna, kita tahu perangai orang yang menyayangi, ikhlas dalam kasih sayang dan seorang yang penyayang iaitu ciuman dia. Dia cium ibunya dua kali selepas berpelukan.

@datoserividaofficial Apa apa pun sama sama kita tunggu perjalan kes ini macam mana, biar undang undang yang menentukan 🤲🏻 #datosrivida #abangbas ♬ Perwiraku teruskan berjuang – Ri Za

Dalam pada itu, usahawan berusia 52 tahun itu berasa yakin bahawa tindakan Abang Bas yang didakwa berkaitan dengan seksual itu adalah semata-mata dirinya menyanyangi kanak-kanak.

‘Saya pun tak tahu maksud crush’

Tu buatkan saya terfikir dengan body gesture tersebut..kesian padanya. Disebabkan hantaran sebegitu orang salah faham.

Malah, Vida turut membuat pengakuan bahawa dirinya tidak mengetahui maksud disebalik perkataan ‘crush’ yang digunakan oleh Abang Bas sebelum ini.

Saya rasa perkataan ‘crush’ itu sedap disebut tetapi tak tahu maksud. Saya pun tak tahu maksudnya. Biarlah nak kata jahil pun.

Tambahannya lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada peguam yang mewakili Abang Bas serta berharap undang-undang dapat menentukan kes ini.

abang bas tak tahu maksud crush
2 months ago

“Dia Tak Tahu Maksud ‘Crush’, Hanya Tiru Lepas Nampak Perkataan Itu ‘FYP’ Di TikTok” - Peguam ‘Abang Bas’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...