Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok video memaparkan seorang pelajar di sebuah universiti awam yang mendakwa dia telah discam oleh seorang individu menerusi skim pelaburan yang disertainya di laman Telegram.
Menerusi video tersebut, pelajar itu telah mengalami kerugian sebanyak RM4,000 dalam sekelip mata selepas melabur wang kepada individu tersebut.
Difahamkan, dia telah mengambil pakej pelaburan RM1,000 yang menjanjikan pulangan sebanyak RM10,000.
Namun, individu tersebut meminta sebanyak RM3,000 lagi sebagai komisyennya membantu menguruskan urusan pelaburan tersebut.
Saya pinjam lagi RM2,000 pada tiga orang kawan saya. Itu duit saya untuk sepanjang sem ni, duit makan, duit kediaman dan lain-lain.
Menurut laporan Kosmo, selepas memindahkan wang sebanyak RM4,000 ke akaun individu berkenaan, dia malah diminta untuk membayar RM10,000 dengan alasan bagi mengaktifkan akaun pelaburan miliknya.
Tapi saya tak bayar sebab tak ada duit sebanyak itu. Saya mula curiga dan terus membuat laporan polis. Kini saya hanya tinggal RM50 untuk sepanjang sem.
Dalam pada itu, dia turut meminta bantuan daripada orang ramai di media sosial kerana mula terdesak akibat kerugian yang ditanggung.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi nasihat kepada semua pelajar agar tidak mudah terpedaya dengan scammer yang menawarkan skim pelaburan cepat kaya dan sebagainya.
“Tolong lah wahai adik-adik yang masih belajar, jangan terdesak nak duit banyak untuk hidup cara mewah, lepastu sanggup pinjam sana sini untuk skim pelaburan yang akhirnya membebankan diri sendiri,” tulis seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.