Ketabahan isteri, Siti Rohayu menjaga suami terlantar sakit beberapa tahun lalu pernah mendapat perhatian ramai. Difahamkan suami berada dalam keadaan koma hampir enam bulan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Namun, apa yang mengagumkan masyarakat adalah sikap tidak putus asa dan setia Rohayu dalam menjaga suami sehingga pulih sepenuhnya. Dengan kuasa Allah SWT, suaminya kini sudah mampu bercakap dan bergurau seperti sedia kala.
Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Rohayu memuat naik perkembangan terkini suami yang dilihat kembali ceria dan sihat.
Di ruangan komen, netizen mengucapkan syukur melihat keadaan suami Siti Rohayu yang dikenali sebagai Abi. Siapa sangka Abi yang dahulunya terlantar membisu kini sudah mampu tersenyum.