“Kuarantinlah Bod*h” – Hadiri Majlis Bersama PM, Netizen Tampil Sekolahkan Annuar Musa

COVID-19

“Kuarantinlah Bod*h” – Hadiri Majlis Bersama PM, Netizen Tampil Sekolahkan Annuar Musa

Selepas dikatakan menjadi kontak rapat kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Mohd Razlan Rafi yang kini disahkan positif COVID-19, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dilaporkan perlu menjalani kuarantu di Kota Kinabalu.

annuar musa tak kuarantin

Advertisement

Malah, beliau telah menerima perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jankitan COVID-19 daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu pada 24 September lalu.

Bagaimanapun, situasi itu seakan menimbulkan rasa kurang senang netizen selepas beliau tampil memuat naik beberapa gambar ketika bertandang ke majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2020 yang turut dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1311584175820947457?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1311584175820947457%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fkau-tak-kuarantin-lepas-tu-acah-caring-dkt-rakyat-hadiri-majlis-bersama-pm-netizen-sound-annuar-musa-di-twitter%2F

Lebih perit, beliau secara terang-terangan mempamerkan kesalahannnya melanggar perintah kuarantin sekali gus menaikkan lagi amarah dalam kalangan netizen kerana Annuar difahamkan masih belum melunaskan tempoh kuarantin 14 hari yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan warganet melepaskan caci maki dan kata-kata kurang sopan kepada Annuar dan juga Muhyiddin kerana beranggapan kedua-dua mereka mengambil sambil lewa berikutan isu kuarantin serta wabak yang melanda negara kini.

Tidak terlepas, Annuar juga turut dikecam kerana beliau sebelum ini mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...