Kuarantin Kendiri Selama 20 Hari, Ibu Ismail Izzani Tak Mampu Tahan Sebak Kerana Terlalu Rindu

Hiburan

Kuarantin Kendiri Selama 20 Hari, Ibu Ismail Izzani Tak Mampu Tahan Sebak Kerana Terlalu Rindu

Datin Suliza Salam, ibu kepada Ismail Izzani tampil meluahkan rasa syukur apabila telah selamat menjalani kuarantin kendiri selama hampir 20 hari setelah menjalani ujian saringan COVID-19 baru-baru ini.

Semua sedia maklum yang Ismail dan ibunya  sangat mesra antara satu sama lain. Sering  dilihat membawa ibunya kemana-mana, kedua anak-beranak itu akhirnya bertemu setelah hampir 3 minggu berpisah.

Advertisement

Suzila,55, yang juga merupakan penyanyi tahun 1980-an itu dilihat telah memuat naik video pertemuan itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Suzila memberitahu bahawa dia terlalu rindu dan tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika memeluk anak kesayangannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Suliza Salam (@sulizasalam_)

“Allahuakbar..saat nampak dia depan mata. Rasa melayang hati ini tersangat-sangat dan teramat rindu. Berderai air mata. Masa ini tak ingat apa dah nak peluk dia kuat-kuat saja. Baru rasa lega.. selama hampir 20 hari tak dapat jumpa sebab kuarantin…”

Suzila  turut menganggap peluang untuk melihat dan berjumpa kembali dengan anaknya sebagai satu rahmat dan akan sentiasa mendoakan agar anak bongsunya itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat.

View this post on Instagram

A post shared by Suliza Salam (@sulizasalam_)

Terdahulu, Ismail Izzani,20, merupakan salah seorang penyanyi yang turut menjalani ujian saringan COVID-19 dan menjalani kuarantin selama 14 hari. Dia sepatutnya menyampaikan lagu Hello bersama penyanyi Andi Bernadee untuk separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SAMM35) namun terpaksa ditangguh setelah penyanyi Alif Satar yang turut membuat persembahan telah disahkan positif COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...