“Kuantiti Bukan Keutamaan Saya” – Shila Dan Ubai Mahu 3 Anak Sahaja, Akui Mental & Kewangan Kena Mantap

Hiburan

“Kuantiti Bukan Keutamaan Saya” – Shila Dan Ubai Mahu 3 Anak Sahaja, Akui Mental & Kewangan Kena Mantap

Penyanyi Shila Amzah berkongsi kepada peminat bahawa dia tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai bilangan anak yang bakal dimiliki kelak bersama pasangan, Ubai.

Ujar Shila, meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran bilangan anak, namun mereka berdua hanya mahukan maksimum 3 orang sahaja.

Advertisement

Dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran Instagram Story di mana dia menjawab soalan peminat.

Kami tak mempunyai target spesifik tapi bersetuju untuk mempunyai tiga orang anak sahaja.

Jelas Shila, dia berpendapat bahawa anak-anak memerlukan perhatian khusus dan isunya bukan kuantiti tetapi kualiti.

Shila AmzahSumber : Instagram  

Sebab, anak-anak perlukan perhatian khusus. Jadi kuantiti bukanlah keutamaan buat saya. Sangat penting untuk merancang, fizikal, mental dan dari sudut kewangan.

Mengimbas kembali, Shila dan Ubai telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos lalu berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk ND Lala.

Shila sebelum ini pernah bernikah kali pertama dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana
1 year ago

"Nasihat Saya, Jangan OVER" - PS Dilabel Perangai Iblis Oleh Netizen, Didakwa Hasut Wanita Lain Untuk Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...