Kuantan Lumpuh! Banjir Makin Buruk (8 GAMBAR)

Trending

Kuantan Lumpuh! Banjir Makin Buruk (8 GAMBAR)

banjir2

banjir3

Advertisement

Bandar Kuantan petang ini dilaporkan lumpuh akibat banjir besar yang melanda ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam.

Terminal Kuantan Sentral yang menjadi pusat pengangkutan awam turut ditenggelami air menyebabkan pergerakan keluar masuk ke bandar ini tergendala.

Premis perniagaan dan pejabat juga ditutup akibat jalan-jalan di sekitar bandar ditenggelami air.

Desas-desus kemungkinan empangan Kobat yang terletak berhampiran bandar ini akan dibuka dan bakal memburukkan lagi keadaan banjir memandangkan hujan semakin lebat dan air pasang besar pada jam 4 hingga 5 petang ini.

banjir4

banjir5

banjir6

banjir7

banjir8

banjir9

Bernama melaporkan keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.

“Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.

Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...