Kuan Chee Heng – “Inilah Janji Perempuan Melayu Untuk Berniaga”

Trending

Kuan Chee Heng – “Inilah Janji Perempuan Melayu Untuk Berniaga”

Sesetengah orang sanggup melakukan apa saja untuk mendapat sebuah peluang. Jika diberi peluang ini sudah tentulah mereka tidak mensia-siakannya, namun begitu, masalahnya ialah untuk membuat orang percaya bagi mereka diberi peluang itu.
cheek

Untuk meminta tolong, bukan sanggup dilakukan oleh semua orang. Tetapi bagi Kuan Chee Heng, apabila seorang wanita meminta pertolongan, dia memberikan pertolongan itu kerana perjaya akan janji yang dibuat oleh wanita itu.

Advertisement

Melawat Puan Mareeya yang mempunyai anak. Beliau meminta wang pendahuluan untuk berniaga nasi lemak untuk membela lapan anaknya.

Saya bagi RM 400 dan hari ini terus beliau mula berniaga di PUJ 3 depan pasaraya Super Save. Dia hari ini sempat belanja saya makan nasi lemak. WELL DONE, rezeki halal dan saya sungguh gembira beliau dapat memberikan makan kepada 8 anak-anaknya. SYABAS. Janji perempuan Melayu ini untuk berniaga ditepati.

3216547
Seperti biasa, pasti ada yang mempersoalkan niat sebenar Kuan, terutamanya apabila statusnya menjadi viral. Namun Kuan membalas yang dia tidak menolong berdasarkan agama tetapi hanya memberikan pertolongan sesama manusia.

Man Junior, aku bukan Islam. Tapi aku akan memaafkan mu sebagaimana yang di tunjuk oleh Nabi. Saya tak minta viral. Ia terviral. Aku tidak menolong mana mana agama aku hanya tolong manusia.

Kuan telah memainkan peranannya dalam membantu. Mungkin kita juga boleh memainkan peranan membantu Puan Mareeyam dengan membeli nasi lemak yang dijualnya. Kita memerlukan lebih ramai insan yang bersifat mempercayai seperti Kuan di Malaysia.

Sumber: Kuan Chee Heng – disunting untuk amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...