Kualiti Video Netflix Di Malaysia Akan Direndahkan Sepanjang April Ini

Teknologi

Kualiti Video Netflix Di Malaysia Akan Direndahkan Sepanjang April Ini

Mungkin ada yang merungut kerana kebelakangan ini Netflix mempunyai kualiti video yang kurang baik berbanding sebelumnya. Perkara ini berlaku ekoran penggunaan internet yang naik secara mendadak pada sesuatu masa dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan platform ini.

Peningkatan mendadak ini berlaku setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, mengakibatkan jumlah pengguna Netflix juga meningkat. Secara tidak langsung, perkara ini memberi bebanan kepada capaian internet untuk masuk ke laman penstriman video tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di negara Eropah yang lain setelah negara tersebut mengumumkan perintah ‘lockdown’.

Advertisement
Thierry Breton

Pesuruhjaya Eropah, Thierry Breton

Kenaikan sebanyak 50 peratus jumlah penggunaan internet di Malaysia hampir sama seperti yang berlaku di Eropah. Tierry Breton menasihatkan pengguna untuk menstrim video pada resolusi SD buat sementara ini untuk mengelakkan beban terhadap infrastruktur yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, Netflix masih membolehkan pengguna untuk menstrim kandungan yang beresolusi 4K tetapi dengan kadar bit yang rendah. Jalan yang terbaik, muat turun dahulu siri kandungan yang anda ingin tonton dalam peranti anda untuk menonton pada tetapan yang lebih tinggi.

Netflix menyediakan pelbagai rangkaian kandungan untuk pilihan anda sepanjang tempoh PKP dijalankan. Manfaat masa ini untuk menonton seberapa banyak filem dan drama kesukaan anda bersama keluarga di rumah. Inilah masanya untuk mengeratkan lagi hubungan bersama ahli keluarga dengan menonton rancangan bersama.

Untuk yang tidak tahu rancangan menarik yang boleh ditonton di Netflix, boleh baca senarai 10 program terbaik di Netflix yang boleh ditonton sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang kami sediakan di pautan bawah ini.

Artikel berkaitan: 10 Program Terbaik Di Netflix Untuk Anda Tonton Di Rumah Selama Dua Minggu Ini

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...