“Kualiti Kain Kami Tak Pernah Ada Masalah” – Prima Valet Ambil Redza Rosli Jadi Duta, Netizen Kata Dah ‘Tapau’ Jenama Elrah, Bulan Bintang

Hiburan

“Kualiti Kain Kami Tak Pernah Ada Masalah” – Prima Valet Ambil Redza Rosli Jadi Duta, Netizen Kata Dah ‘Tapau’ Jenama Elrah, Bulan Bintang

Tidak lama sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan Syawal dan hari raya Aidilfitri.

Oleh disebabkan itu, jenama baju tradisional untuk sambutan hari raya kelak semakin giat dan galak mengadakan kempen ‘marketing’ serta promosi jualan masing-masing.

Advertisement

Ada yang menggunakan selebriti sebagai duta produk seperti Aaron Aziz, Beto Kusyairi dan tidak ketinggalaan, ahli politik terkenal, Khairy Jamaludin.

Sebelum ini, jenama baju Melayu terkenal seperti Bulan Bintang dan Elrah telah mengeluarkan video kempen mereka dengan menampilkan beberapa selebriti terkenal sebagai duta.

Terbaharu, jenama Prima Valet (PV) ada mencuri tumpuan warga maya apabila ‘brand’ tersebut memperkenalkan pelakon Redza Rosli sebagai wajah utama kempen baju melayu keluaran mereka.

Tampil segak bergaya, PV juga mengetengahkan kualiti kain yang tidak pernah mengundang masalah kepada pelanggan saban tahun sekaligus membuatkan netizen teruja untuk mendapatkan baju keluaran jenama itu pada tahun ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendapati PV tidak membuat promosi ‘melampau’ seperti jenama lain kerana kepercayaan pelanggan yang pernah membeli baju melayu mereka sebelum ini.

Baru perasan primavalet ni dia rileks je tak buat promo gila gila tapi dia tau customer tetap yang tahu kualiti kain dia tetap akan cari dan beli juga primavalet ni.

Memang tiap tahun beli ni sebab herlok kain dia. Dapat free gift plak tu. Free gift baju kurung, kurta la apala. Berkualiti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hijabistahub
9 months ago

"Kalah Semua Brand!" - Ambil Bront Palarae, Adi Putra & Aaron Aziz Jadi Duta, Ramai Jangka Jenama HijabistaHub Laku Keras Raya Kali Ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...