“Kualiti Hauk, Harga Mahal” – Individu Berang Harga Cekik Darah, 2 Nasi Lemak Di KLIA RM63!

Kehidupan

“Kualiti Hauk, Harga Mahal” – Individu Berang Harga Cekik Darah, 2 Nasi Lemak Di KLIA RM63!

Baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila dirinya terpaksa membayar untuk dua juadah nasi lemak dengan harga yang tidak masuk dek akal.

2 Nasi Lemak RM63!

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah restoran yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di mana individu terbabit berasa terkejut apabila perlu membayar dua nasi lemak dengan harga RM63.

Advertisement

Saya faham harga di airport akan mahal dari yang biasa tetapi ini terlalu tidak masuk akal la.

nasi lemak

Harga makanan tak setanding dengan kualiti makanan

Lebih membuatkan dia berasa sakit hati kerana harga RM63 itu tidak termasuk harga cukai, malah kualiti nasi lemak juga membuatkan dirinya tidak berpuas hati apabila perlu membayar semahal itu.

Dihubungi oleh pihak WeirdKaya, individu itu berkata nasi lemak tersebut terlalu biasa dan ayam goreng juga seperti sudah dimasak terlebih dahulu, lalu hanya dipanaskan semula apabila perlu dihidangkan kepada pelanggan.

Sebab utama saya viralkan bukan kerana harganya. Saya faham makanan di lapangan terbang pasti lebih mahal daripada tempat biasa.

Tambahannya lagi, dia berasa tidak adil dan meninggalkan first impression yang tidak baik kepada pelancong yang baru tiba di Malaysia.

martabak rm6
9 months ago

Peniaga Bazar Mengamuk Pelanggan Reviu Murtabak Mahal Di TikTok - "RM6 Berapa Daging Encik Perlukan?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...