Kuali anda di rumah sering kali berkerak pada bahagian bototnya menyebabkan agar sukar untuk dibersihkan. Sampai penat nak tonyoh menggunakan berus dawai.
Ini kerana kita sering gunakan dalam hidup kita seharian sudah pastilah ia akan menjadi hitam pada bahagian belakang kerana nyalaan api yang tidak sempurna iaitu api bewarna kuning menghasilkan jelaga menyebakan ia melekat di belakang kuali.
Ada yang suka belakang kuali bewarna hitam dan ada yang tidak gemar. Menurut orang dahulu, mereka yang suka belakang kuali hitam kerana lebih cepat meresap haba api yang membakar menyebabkan kuali lebih panas berbanding kuali yang tidak berjelaga.
Tetapi hari ini kami kongsikan cara-cara untuk membuat kerak-kerak jelaga hitam di belakang kuali berkenaan dengan mudah dan berkesan.
Cara-cara basuh belakang kuali:
1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar( supaya senang nk rendam kuali @periuk)
2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.
3. Masukkan kuali@periuk didalam air asam tersebut selama 4-5 minit.
4. Angkat kuali@periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.
5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.