Kuala Selangor: Bekalkan Senjata Api, Pasangan Suami Isteri & Lelaki Israel Berdepan Hukuman Mati Jika Disabit Kesalahan

Berita

Kuala Selangor: Bekalkan Senjata Api, Pasangan Suami Isteri & Lelaki Israel Berdepan Hukuman Mati Jika Disabit Kesalahan

Sebelum ini, pasangan suami isteri di Kuala Selangor telah ditahan oleh pihak polis selepas mereka didapati membekalkan beberapa senjata api untuk lelaki warga Israel.

Berdepan hukuman mati

Susulan itu, jika pasangan tersebut dan lelaki Israel itu didapati bersalah memilik senjata api seperti yang didakwa, mereka akan berhadapan dengan hukuman mati.

Advertisement

Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hal ini kerana kertas siasatan terhadap semua suspek dibuka di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

pistol lelaki israelSumber : Buletin TV3  

Kata beliau, mana-mana pihak yang didapati bersalah di bawah Akta Senjata Api 1971, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati.

Kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenalpasti motif sebenar tujuan pemilikan senjata api berkenaan.

Suspek masih direman

Mengulas lanjut, suspek warganegara Israel itu akan direman hingga 7 April, manakala tarikh reman pasangan suami isteri yang berasal dari Kuala Selangor itu akan berakhir 5 April ini.

Sebarang proses susulan untuk sambung reman akan dipohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.

Sekadar info, Jumaat lalu, seorang lelaki warganegara Israel telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memiliki enam pucuk pistol dan antaranya adalah, pistol jenis SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru.

Suami isteri lelaki israel
8 months ago

Kuala Selangor: Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel, Pasangan Suami Isteri Berumur 40-An Direman 7 Hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...