Kadangkala sebab tidak tahan sangat nak membuang air besar tindakan kita semua tidak dapat dikawal. Begitulah kisah seorang penumpang yang telah membuka pintu kecemasan pesawat yang disangkakan pintu tandas semasa penerbangan berlepas.
Dipetik dari CNN, kapal terbang dari United Kingdom menuju ke Pakistan terpaksa ditangguhkan gara-gara tindakan salah seorang penumpang ini.
Dalam kejadian di lapangan terbang Manchester itu, Penerbangan 702 oleh Pakistan International Airlines (PIA) itu terpaksa ditangguh selama tujuh jam, menurut syarikat penerbangan itu pada Jumaat lalu.
Susulan itu empat puluh penumpang dikeluarkan dari pesawat, di mana gelongsor kecemasan dikeluarkan secara automatik.
Wakil syarikat penerbangan itu memaklumkan kepada CNN bahawa penumpang yang ingin ‘menunaikan hajat’ itu telah tersilap membuka pintu memikirkan ia tandas, namun semua penumpang selamat.
Insiden yang sama turut berlaku pada bulan Mei lalu apabila seorang penumpang warga emas ditahan di wilayah Shandong China kerana membahayakan keselamatan pesawat dalam percubaan membuka pintu kecemasan ketika pesawat sedang mendarat.
Apa perkara pelik korang pernah buat jika tak tahan nak guna tandas?
Sumber: CNN