Ku Sangkakan Gorila Rupanya Burung Gagak

Trending

Ku Sangkakan Gorila Rupanya Burung Gagak

Seekor burung gagak yang kelihatan seperti gorilla telah menjadi bualan ramai netizen di Twitter di seluruh dunia.

Satu rakaman video berjaya dirakamkan menunjukkan seekor burung gagak berehat seperti gorila tular di media sosial baru-baru ini dan menyebabkan pengguna keliru dengan kelakuan haiwan berkenaan dan telah mendapat perkongsian lebih dari 250,000.

Gerak geri burung gagak itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen yang menyamakan burung itu dengan gaya seekor gorila.

Advertisement

Video ini telah diambil di pusat beli belah Parco di Nagoya Jepun dan telah dimasukkan oleh pengguna Twitter @keita_simpson.

Memetik laporan Newsweek, Keitaro berkata  ketika beliau melihat burung gagak tersebut, dia amat terkejut apabila kelihatan seperti zombie tetapi setelah diperhatikan lagi selama beberapa minit ia sungguh cantik.

Video yang dirakamkan oleh Keitaro telah dikongsikan oleh @LIamalna tux:

Beribu netizen memberi komen tentang burung gagak ini yang kelihatan amat pelik. Rata-rata netizen yang memberi maklum balas beranggapan burung gagak itu sangat lucu dan tidak menyangkakan haiwan itu boleh menunjukkan gaya luar biasa.

Bagaimanapun, seorang pakar burung, Kaeli Swift memberi sedikit penjelasan mengenai gelagat luar biasa burung berkenaan.

Ini adalah burung gagak paruh besar sebab itulah wajahnya kelihatan tidak sekata. Apa yang dilakukan itu adalah sedang berjemur dengan menurunkan sayap serta ekornya.

Jika gambar dirakam pada sudut yang tepat, ekor dan kaki burung ini kelihatan seperti telah hilang.

Katanya, apa yang dilakukan burung itu adalah berjemur.

Apabila burung berjemur ia akan mengembangkan kepak ke bawah dan menegakkan ekornya. Pada sudut tertentu ia akan menyebabkan kaki dan ekornya seperti hilang.

Menurutnya, burung biasanya berjemur untuk mengurangkan bakteria dan kutu pada bulunya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...