KTMB Umum Perkhidmatan Khas Sempena Ramadan Dan Aidilfitri 2026

Travel

KTMB Umum Perkhidmatan Khas Sempena Ramadan Dan Aidilfitri 2026

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perkhidmatan tren khas sempena Ramadan. Antaranya ialah perkhidmatan tren persiaran khas Railway to See Malaysia (RTSM) Edisi Ramadan 2026 bagi laluan KL Sentral – Tumpat – KL Sentral, selain perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) untuk laluan Pantai Timur dan Utara.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Keretapi Tanah Melayu Berhad memaklumkan perkhidmatan tren khas ini disediakan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal dan dengan lebih selesa. Jualan tiket telah dibuka dengan keseluruhan 1,584 tiket disediakan, termasuk gerabak tidur bagi tren persiaran khas, 792 tiket untuk ELA Pantai Timur dan 1,200 tiket untuk ELA Utara.

Advertisement

Perkhidmatan tren persiaran khas RTSM akan beroperasi pada 20 Februari dan 6 Mac bagi laluan KL Sentral – Tumpat, manakala perjalanan sebaliknya dijadualkan pada 22 Februari dan 8 Mac. Bagi ELA Pantai Timur, perkhidmatan akan beroperasi pada 18 Mac untuk laluan KL Sentral – Tumpat dan 22 Mac bagi arah sebaliknya. Sementara itu, ELA Utara bagi laluan KL Sentral – Padang Besar akan beroperasi pada 17 dan 22 Mac, manakala perjalanan sebaliknya pada 18 dan 23 Mac.

KTMB memaklumkan tiket boleh didapati melalui aplikasi mudah alih KTMB, kios, kaunter tiket serta laman web rasmi syarikat. Orang ramai digalakkan mendapatkan tiket lebih awal dan membuat pembelian secara tanpa tunai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Thailand baht
2026-02-03 15:08:35

RM1 Tak Sampai 10 Baht, Rakyat Malaysia Mula 'Kerumun' Thailand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...