KTMB Tawar Diskaun RM10 Bagi Perkhidmatan ETS Mulai April

Travel

KTMB Tawar Diskaun RM10 Bagi Perkhidmatan ETS Mulai April

Berita baik buat semua pengguna perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), pihak KTMB akan menawarkan diskaun sebanyak RM10 bagi setiap tiket sempena kempen promosi Cuti-Cuti Malaysia selama tiga bulan bermula 1 April ini.

Bagi mendapatkan diskaun itu mereka perlu menggunakan kod promo CUTIKERETAPI semasa membuat pembelian secara dalam talian melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurut KTMB, selaras dengan kempen itu, jualan tiket perkhidmatan ETS untuk perjalanan 1 April hingga 30 September ini akan dibuka mulai esok.

Advertisement

“Jualan tiket ini dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal untuk bercuti di dalam negeri, tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen promosi Cuti-Cuti Malaysia itu merupakan kerjasama antara KTMB dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Sebanyak 24 perkhidmatan ETS disediakan dengan menggunakan jadual waktu sedia ada.

Sekadar makluman, para pengguna digalakkan membeli tiket lebih awal bagi mendapatkan kadar tambang yang lebih rendah dan penjimatan berganda. Wow!

Lebih menarik lagi, lapor MalaysiaGazzete, mereka juga boleh membuat seleksi tempat duduk sekiranya membuat pembelian tiket lebih awal berbanding pembelian pada saat akhir.

Dah diberi diskaun begini, jangan sampai lupa jaga SOP ya semua, sama-samalah kita bantu Malaysia naikkan semula ekonomi negara. Kita jaga kita!

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...