Wah, wah, wah, Shahril, kemain seronok lagi ya dapat melancong ke negara–negara ASEAN, siap buat kawan baru lagi! Hmm, nak ikut juga…
Shahril Bukan Teruja Melancong Saja, Tapi…
Berbeza dengan travelog yang lain, KS Lagi kali ini bawakan kolaborasi khas bersama Grab Malaysia, dan menghasilkan siri web tiga bahagian bertajuk ‘Rakan Grab Jelajah ASEAN’, di mana mereka menjelajah ke Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Menariknya, selain melihat pengalaman Shahril bersama 3 rakan Grab Malaysia meneroka tempat-tempat hidden gem, mereka juga berpeluang menggunakan beberapa ciri lain yang tiada dalam aplikasi Grab Malaysia tau!
Apa yang membuatkan kolaborasi ini lebih istimewa sebenarnya adalah apabila Shahril sebagai hos, mengetengahkan kisah disebalik rakan Grab, terutamanya dari segi pengalaman mereka.
Bukan itu saja, siri ini juga mengetengahkan pengalaman mereka di lapangan untuk membangunkan penyelesaian hiper-lokal yang memenuhi pelbagai keperluan komuniti di seluruh ASEAN.
Baru Makan Sikit Dah Lencun, Shahril Rupanya Tak Boleh Tahan Makan Pedas
Tak sah lah kalau melancong, tak cuba makanan tempatan betul tak? Dengar cerita Shahril tak tahan pedas, katanya sambal pedas menyengat, betul ke?
Untuk episod pertama, Shahril serta seorang Rakan Grab dari Malaysia, Encik Syukri melancong ke Bali, Indonesia.
Memang tak kering gusi lah tonton gelagat mereka ni. Tapi, apa yang membuatkan episod ini lagi seronok adalah apabila mereka menggunakan ciri baru yang tiada pada Grab Malaysia, seperti EV Bike tau!
Kalau anda nak tahu ke mana lagi Shahril dan Rakan Grab Malaysia lain pergi, serta apakah antara ciri Grab digunakan yang tiada di Malaysia, pastikan anda tonton video penuh Rakan Grab Jelajah ASEAN pada setiap minggu di YouTube KS Lagi.
Tawar Penyelesaian Untuk Sumber Pendapatan, Grab Hadir Dengan Pelbagai Inovasi Baru
Dah nama pun ‘super-app’, mestilah ramai orang menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan urusan, tak kira dari segi penghantaran makanan, e-hailing, serta pembayaran digital betul tak?
Tahu tak, Grab kini memperkenalkan pelbagai inovasi baru, menggabungkan kepakaran teknologi dan nilai hubungan insan bagi memperkukuhkan sumber pendapatan tempatan tau.
Antara inovasi yang dihasilkan adalah seperti:
– AI Driver Companion, ciri panduan pintar yang membantu pemandu mengenal pasti permintaan dengan lebih pantas, serta memandu dengan lebih cekap
– AI Merchant Assistant, alatan produktiviti pintar yang memperkemas operasi dan menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS)
– GrabMaps, platform pemetaan hiperlokal berasaskan AI dengan pandangan dunia sebenar daripada rakan pemandu dan penghantar bagi meningkatkan ketepatan alamat dan kecekapan laluan
Dengan adanya semua inovasi ini, ia mencerminkan usaha berterusan kerajaan-kerajaan ASEAN untuk mengintegrasi kecerdasan buatan (AI) ke dalam strategi nasional negara masing-masing, dalam masa sama memudahkan setiap lapisan masyarakat.
Selain itu, pendekatan ini juga seiring dengan usaha kerajaan untuk memastikan pelaksanaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig lancar, serta menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian ekosistem mobiliti di Malaysia.
Paling penting, Grab akan terus menerus mewujudkan peluang pendapatan yang bermakna, selain berusaha mengatasi pelbagai halangan terhadap akses kepada kesamarataan, termasuk bagi wanita dan golongan orang kurang upaya (OKU).
Jadi, kalau anda nak explore antara ciri dan inovasi baharu yang ada pada aplikasi Grab di luar negara, pastikan anda stay tuned dengan siri web tiga bahagian Rakan Grab Jelajah ASEAN.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Grab, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.
