Krrunching My Way To Uniquely Singapore

Krrunching My Way To Uniquely Singapore

nuffnang awards

#Nuffnang Blog Awards ini dibawakan khas oleh Pringles dan Singapore Tourism Board

Advertisement

Terkedip-kedip mata kami menahan rasa tidak percaya apabila BeautifulNara telah dicalonkan dalam bukan satu tapi dua kategori Nuffnang Blog Awards. Best Entertainment Blog sememangnya masih boleh dipercayai tapi Most Influential Blog tue sememangnya agak sukar kami terima hakikatnya.

Nampak sangat yang kami tak sedar betap berpengaruhnya BeautifulNara nie sebenarnya dalam dunia bloggers. Ini semua adalah jasa baik anda semua yang telah menyebarkan nama BeautifulNara ke seluruh pelusuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan bermacam-macam negara lagilah. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

Jika tak ada aral melintang, 23 Oktober ini kami akan ke Singapura untuk melalui sendiri malam gala gemilang red karpet Nuffnang Blog Awards ini. Harapan kami semestinya tak nak pulang dengan tangan kosong. Jadi sebab itulah kami tulis artikel ini ingin memohon jasa baik 500 ribu pembaca  BeautifulNara setiap bulan untuk mengundi kami.

Tahukah anda bahawa 50% markah untuk menentukan pemenang ialah datangnya daripada undian anda? Nampak tak kat tepi sebelah kanan nie ada “Undilah BeautifulNara” ? Bantu kami, tolong kami dan undilah kami setiap 2 jam. Kalau sehari 20 ribu pembaca kami mengundi, tak mustahil untuk BeautifulNara menang  salah satu anugerah daripada pencalonan yang ada.

Oh ya lupa nak bagitau yang sebelum anda boleh mensubmit undian, anda kena undi untuk semua kategori. Jadi kami ada permintaan khas. Undilah RedMummy untuk Best Parenting Blog dan NicoleKiss untuk Best Travel Blog. Diorang berdua ini adalah geng-geng Project Alpha kami yang sangat-sangat best dan sempoi. Sambil mengundi BeautifulNara mintak tolong undi diorang sekali ye.

Jadi silalah undi BeautifulNara, RedMummy dan NicoleKiss menggunakan kotak undian di sebelah kanan ataupun boleh terus undi di sini. Segala undian anda kami sangat-sangat hargai dan ucapkan ribuan terima kasih.

nuffnang awards

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...