Kronologi Syarikat Perancang Perkahwinan Bersikap Lepas Tangan Terhadap Pelanggan

Trending

Kronologi Syarikat Perancang Perkahwinan Bersikap Lepas Tangan Terhadap Pelanggan

Selepas kes Zurin Jundi tahun lepas, nampaknya musim ‘wedding planner’ mencari mangsa masih tidak berkesudahan apabila timbul lagi satu kes dimana sebuah syarikat perancang perkahwinan dikatakan bersikap ‘lepas tangan’ begitu sahaja terhadap pelanggan mereka.

Ini cerita sebenar mereka.

Advertisement

Kronologi kes..

Setahun dah tempah dengan “PAKAR” KENDURI MALAYSIA tapi 11 jam sebelum majlis dapat ura ura yang PAKAR KENDURI MALAYSIA cakap tak ada majlis yang akan dilangsungkan pada 24/03/2018 (termasuk 3 majlis lagi).

3 majlis tu dapat info pukul 11 malam. Kami? Dapat panggilan pun ura ura. Kami cuba hubungi, with no avail. Tak kan kau tidur kot awal malam sebelum majlis? Wedding planner terbaikkk.

Kami sampai 3 pagi tak tidur fikirkan jalan penyelesaian dan berharap perkara ini yang akan berlaku hanyalah mimpi.

7 pagi cuba hubungi lagi. Tetap tiada maklumbalas.

Aku bangun tengok adik dan mak ayah aku dah tergopoh gapah pergi beli barang. Saudara mara datang pakai baju lawa lawa tetiba kena tolong potong bawang semua.

Sangat berterima kasih kepada saudara mara yang kebanyakkannya ada latar belakang memasak/meniaga. Pelamin, solekan, sistem bunyi, jurugambar, butik dan kelengkapan lain dah ada.

Cuma KATERING yang dibawah PAKAR KENDURI MALAYSIA tiada. Pasal makanan, negara pun boleh berperang weh.

Masa majlis, kami ulang alik tambah beli makanan, jemputan 1000+ orang dan rupa rupanya semua yang bekerja masa majlis ni (selain katering) tak dibayar lagi tapi mereka muncul dan tak tahu pasal krisis ni.

Satu kejutan besar majlis perkahwinan dalam keluarga terjadi macam ini. Kami satu keluarga tak makan dari pagi hingga majlis dah nak habis.

Kami meletakkan usaha terbaik untuk mengekalkan senyuman sepanjang majlis.

Post ni bukan nak mengaibkan, tapi untuk beritahu orang tentang penipuan. Tak ramai orang post pasal ni menyebabkan susah untuk tahu mana satu menipy dan mana satu yang betul.

Kepada awak-awak yang terbabit dalam penipuan ini satu je kami harap, harap anda dan keluarga anda hidup dalam keadaan “tenang”.

Setiap keluarga yang berjaya ditipu, mereka akan tangkap gambar bersama.

Ni je gambar yang dapat share dari majlis semalam. Aku scroll2 gambar lain, aku pulak rasa sedih. Aku betul betul hargai jasa baik saudara mara semalam. Tanpa diaorang, tak jalan majlis perkahwinan ni :’)

Sumber : Zahier Zulkafli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...