Kronologi Misi Menyelamat Remaja Thailand Sesat Dalam Gua Tham Luang

Trending

Kronologi Misi Menyelamat Remaja Thailand Sesat Dalam Gua Tham Luang

Kejadian tragis yang menimpa pasukan bola sepak Wild Boar bawah 16 dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam sebuah gua di utara Thailand mendapat liputan hangat daripada seluruh dunia.

36794150_10155201597866887_994838730697080832_n

Advertisement

Pihak berkuasa Thailand memulakan operasi dramatik untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap lebih dari 2 minggu. Ajaibnya kesemua mangsa ditemui masih hidup!

Ikuti kronologi bagaimana misi menyelamat ini bermula.

36760331_10155201597691887_8243918935573921792_n

Sabtu 23 Jun 2018
Misi Mencari dan menyelamat bermula setelah 12 orang ahli pasukan bola sepak berumur antara 11- 16 tahun dan seorang jurulatih mereka, terperangkap di dalam gua yang di penuhi air di utara Thailand kerana ingin berlindung dari hujan lebat selepas selesai menjalani latihan bola sepak. Mereka dilaporkan hilang oleh salah seorang ibu mangsa apabila mendapati anaknya tidak pulang sehingga lewat malam.

Getty_Images_994541768.1530817531

sumber- Getty Images

Ahad 24 Jun 2018
Pasukan penyelamat menjumpai beg & sandal kira-kira 3km ke dalam gua. Tetapi terpaksa hentikan misi kerana paras air semakin tinggi.

Isnin 25 Jun 2018
Penyelam ‘Thai Royal Navy SEAL’ berjaya memasuki gua dan menjumpai cap jari, tetapi sekali lagi misi terpaksa dihentikan oleh kerana banjir dan hujan lebat. Pihak penyelamat memulakan proses mengepam keluar air yang berada di dalam gua.

Selasa 26 Jun 2018

CE188351-_FF5_E-49_BF-_A006-96_FC811_EAF1_D_w1023_r1_s
Hujan yang semakin lebat menyebabkan pencarian di pintu masuk alternatif gua menggunakan helikopter terpaksa diberhentikan.

Rabu 27 Jun 2018
Seramai 1000 orang askar & tentera laut termasuk sukarelawan tempatan meyertai misi meyelamat. Pasukan penyelamat dari Amerika dan United Kingdom turut serta dalam operasi tersebut.

thailand-cave-military
Khamis 28 Jun 2018
Pam berkuasa tinggi dibawa ke lokasi untuk membantu proses mengurangkan air di dalam gua, tetapi operasi terpaksa diberhentikan selama 5 jam akibat cuaca buruk.

Sumber: Channel News Asia

Jumaat 29 Jun 2018
Pasukan penyelamat dari Cina dan Australia turut datang memberi bantuan.

36768975_10155201597561887_4712991875894607872_n

Sabtu 30 jun
Hujan semakin reda, ini memudahkan penyelam untuk memasuki ke kawasan yang lebih dalam tetapi lokasi mangsa masih jauh.

Ahad 1 Julai 2018
Pakar dari lebih kurang 6 negara, diketuai oleh Thai Navy Seals terus mencuba untuk masuk kedalam gua menggunakan pelbagai peralatan dan tangki oksigen turut di bawa masuk.

Isnin 2 Julai 2018
2 penyelam british berjaya menemui tempat di mana 12 pemain bola sepak dan jurulatih mereka berlindung, kira kira 4km ke dalam gua.

Selasa 3 Julai 2018

download

Pasukan penyelamat membawa bantuan perubatan, makanan, minuman dan selimut untuk mangsa.

Khamis 5 Julai 2018

thailand-cave-military

Pasukan penyelamat terus mengepam air keluar dari gua, dan cuba mencari jalan keluar semula jadi yang terdekat dengan lokasi mangsa sebagai alternatif untuk mengeluarkan mereka.

Jumaat 6 Julai 2018

9949952-3x2-940x627

Saman Kunan, Bekas sarjan Tentera Laut Thailand juga salah seorang sukarelawan dalam misi menyelamat ini, meninggal dunia kerana kehabisan oksigen ketika menyelam ke dalam gua.

Sabtu 7 Julai 2018
Ketua Operasi Penyelamat, Narongsak Osottanakorn berkata, semua mangsa belum bersedia untuk menyelam atas faktor keselamatan.

S_16334854-696x464Mangsa turut menulis surat meminta maaf kepada ahli keluarga mereka.

Sumber:Channel News Asia

Ahad 8 Julai 2018
18 penyelamat memasuki gua dan operasi diteruskan.  11 jam kemudian, 4 mangsa berjaya dikeluarkan dan mereka dikejarkan ke hospital.

Isnin 9 Julai 2018
Penyelamat masuk semula ke dalam gua dan 9 jam selepas itu mereka berjaya menyelamat kan 4 lagi mangsa yang terperangkap.

Selasa 10 Julai 2018

boys-from-the-under-16-soccer-team-trapped-inside-tham-luang-cav
Misi menyelamat ketiga diteruskan lebih kedalam gua dan berjaya membawa keluar 4 lagi pemain dan jurulatih mereka. Semua manga berjaya diselamatkan.

Kesemua mangsa yang terselamat sedang mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam misi menyelamat tersebut. Anda memang hebat!

Sumber: CNN/ Channel News Asia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...