Kejadian tragis yang menimpa pasukan bola sepak Wild Boar bawah 16 dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam sebuah gua di utara Thailand mendapat liputan hangat daripada seluruh dunia.
Pihak berkuasa Thailand memulakan operasi dramatik untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap lebih dari 2 minggu. Ajaibnya kesemua mangsa ditemui masih hidup!
Ikuti kronologi bagaimana misi menyelamat ini bermula.
Sabtu 23 Jun 2018
Misi Mencari dan menyelamat bermula setelah 12 orang ahli pasukan bola sepak berumur antara 11- 16 tahun dan seorang jurulatih mereka, terperangkap di dalam gua yang di penuhi air di utara Thailand kerana ingin berlindung dari hujan lebat selepas selesai menjalani latihan bola sepak. Mereka dilaporkan hilang oleh salah seorang ibu mangsa apabila mendapati anaknya tidak pulang sehingga lewat malam.
sumber- Getty Images
Ahad 24 Jun 2018
Pasukan penyelamat menjumpai beg & sandal kira-kira 3km ke dalam gua. Tetapi terpaksa hentikan misi kerana paras air semakin tinggi.
Isnin 25 Jun 2018
Penyelam ‘Thai Royal Navy SEAL’ berjaya memasuki gua dan menjumpai cap jari, tetapi sekali lagi misi terpaksa dihentikan oleh kerana banjir dan hujan lebat. Pihak penyelamat memulakan proses mengepam keluar air yang berada di dalam gua.
Selasa 26 Jun 2018

Rabu 27 Jun 2018
Seramai 1000 orang askar & tentera laut termasuk sukarelawan tempatan meyertai misi meyelamat. Pasukan penyelamat dari Amerika dan United Kingdom turut serta dalam operasi tersebut.

Pam berkuasa tinggi dibawa ke lokasi untuk membantu proses mengurangkan air di dalam gua, tetapi operasi terpaksa diberhentikan selama 5 jam akibat cuaca buruk.

Sumber: Channel News Asia
Jumaat 29 Jun 2018
Pasukan penyelamat dari Cina dan Australia turut datang memberi bantuan.
Sabtu 30 jun
Hujan semakin reda, ini memudahkan penyelam untuk memasuki ke kawasan yang lebih dalam tetapi lokasi mangsa masih jauh.
Ahad 1 Julai 2018
Pakar dari lebih kurang 6 negara, diketuai oleh Thai Navy Seals terus mencuba untuk masuk kedalam gua menggunakan pelbagai peralatan dan tangki oksigen turut di bawa masuk.
Isnin 2 Julai 2018
2 penyelam british berjaya menemui tempat di mana 12 pemain bola sepak dan jurulatih mereka berlindung, kira kira 4km ke dalam gua.
Selasa 3 Julai 2018
Pasukan penyelamat membawa bantuan perubatan, makanan, minuman dan selimut untuk mangsa.
Khamis 5 Julai 2018

Pasukan penyelamat terus mengepam air keluar dari gua, dan cuba mencari jalan keluar semula jadi yang terdekat dengan lokasi mangsa sebagai alternatif untuk mengeluarkan mereka.
Jumaat 6 Julai 2018

Saman Kunan, Bekas sarjan Tentera Laut Thailand juga salah seorang sukarelawan dalam misi menyelamat ini, meninggal dunia kerana kehabisan oksigen ketika menyelam ke dalam gua.
Sabtu 7 Julai 2018
Ketua Operasi Penyelamat, Narongsak Osottanakorn berkata, semua mangsa belum bersedia untuk menyelam atas faktor keselamatan.
Mangsa turut menulis surat meminta maaf kepada ahli keluarga mereka.

Sumber:Channel News Asia
Ahad 8 Julai 2018
18 penyelamat memasuki gua dan operasi diteruskan. 11 jam kemudian, 4 mangsa berjaya dikeluarkan dan mereka dikejarkan ke hospital.
Isnin 9 Julai 2018
Penyelamat masuk semula ke dalam gua dan 9 jam selepas itu mereka berjaya menyelamat kan 4 lagi mangsa yang terperangkap.
Selasa 10 Julai 2018

Kesemua mangsa yang terselamat sedang mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam misi menyelamat tersebut. Anda memang hebat!
Sumber: CNN/ Channel News Asia