Kronologi : Kes Pertuduhan Cikgu Azizan Yang Didakwa Kerana Mendenda Seorang Murid

Trending

Kronologi : Kes Pertuduhan Cikgu Azizan Yang Didakwa Kerana Mendenda Seorang Murid

Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai kes Cikgu Azizan media sosial sehingga ramai netizen bertanya apakah punca beliau didakwa di mahkamah dan banyak lagi persoalan yang timbul.

Advertisement

Hasil siasatan dan rujukan kami, berikut adalah perjalanan kes pertuduhan yang melibatkan Cikgu Azizan..

31 Oktober 2017

Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500.

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Ketika berada di dalam lokap, ada lebih kurang 13 org pesalah.

Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid.

Untuk pengetahuan anda, kami difahamkan bahawa beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan berikut:

1. Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.

2. Buli.

3. Memukul murid lain.

4. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017

Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017

Perbicaraan akan bermula.

Kita doakan beliau terus tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.

Moga segala urusan beliau dipermudahkan.

#PrayForCikguAzizan

Sumber : pendidik2u.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...